Mungkin tidak ramai yang suka mengoles lip gloss. Kadangkala ia boleh beri kesan melekit pada bibir dan comot. Jadi seperti DIVA sendiri lebih gemar guna lip mask sebagai ganti. Ia juga boleh digunakan sebagai perawatan bibir ketika tidur. Malah, kamu boleh menyapu lip mask sebelum atau selepas memakai lipstik.
Tanpa sedar, lip mask boleh menjimatkan wang dan ya multi-tasking! Konsistensi formula lip mask lebih tahan lama, mudah digunakan dan kurang melekit berbanding lip gloss. Pada pandangan peribadi DIVA, kilatan lip mask kelihatan lebih semulajadi dan menarik tanpa keterlaluan.
Berikut lip mask terbaik yang pernah DIVA cuba dan ingin syorkan pada pembaca;
1. Vaseline Lip Therapy – Cocoa Butter [RM13.50]
Tak lengkap rasanya senarai ini tanpa produk dari Vaseline ini. Ia antara lip mask dengan harga berpatutan dan datang bersama formula yang terbaik. Secara peribadi DIVA pilih Cocoa Butter kerana ia lebih lembut, kaya dengan pelembab dan kurang melekit. DIVA suka pakai Vaseline Lip Therapy sebelum tidur kerana ia tahan lama biarpun tidur suhu rendah penghawa dingin.

2. Emina Lip Mask – Milky Matcha [RM14.90]
Salah satu produk lips mask drugstore terbaik untuk penjagaan bibir. Mengandungi bahan-bahan pelembab seperti shea butter, avocado, macadamia dan jojoba. DIVA sangat suka guna lip mask ini sebagai alas lipstik jenis matte. Hasil bibir jadi seperti memakai lipstik satin. Berkilau tapi tidak keterlaluan. DIVA pilih haruman Milky Matcha kerana ia tidak mencucuk pedih pada hidung.

3. Laneige Lip Sleeping Mask – Berry [RM38.90]
Tak perlu DIVA panjangkan lagi tentang lip mask dari Laneige ini. Produk paling terbaik bagi seleksi kecantikan high-end. Ia kaya, tinggi dan padu dengan formula melembapkan bibir secara nutrisi. Ya, memang banyak pilihan flavor dan warna tapi bagi DIVA cukup kembali dengan yang basic Berry.

4. COSRX Lip Mask – Propolis Lip Sleeping Mask [RM64.21]
Bukan sahaja produk wajah, COSRX juga menawarkan produk penjagaan bibir yang mewah dan berkesan. Istimewa tentang lip mask ini ia menggunakan madu sebagai ejen pelembab. Ia bebas dari kesan melekit, comot dan pantas menyerap ke dalam kulit.

5. Burt’s Bee Overnight Intensive Lip Treatment [RM78]
Produk terakhir ini lebih sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah bibir kering dan sensitif. Ia produk untuk digunakan sebelum tidur dan anda akan alami bibir yang lembut dan sihat keesokan pagi. Bagi kegunaan siang bersama produk bibir yang lain. Nasihat DIVA, sapu tipis hanya untuk menyuburkan keadaan bibir segar dan lembut.

Jika kamu rajin skrub bibir dua kali seminggu dan hampir setiap malam menyapu bibir dengan lip mask. Kamu akan merasai perubahan pada bibir yang lebih lembut dan sihat. Malah hasil solekan bibir juga lebih smooth dan cantik.
Selamat mencuba!