Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Dalam Diam Sudah 7 Tahun Berpisah, Isteri Will Smith Kena Kecaman Peminat

by Indah Aziz
October 21, 2023
Foto - Variety

Foto - Variety

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Surprise! Surprise!

Jada Pinket Smith, iaitu isteri kepada aktor terkemuka Hollywood sekali lagi merobek rahsia keluarga dengan kemunculan buku memoir terbarunya. Kini Jada sedang hangat menerima kritikan dari peminat setelah temuramah bersama hos Today Show tular di media sosial.

Rupanya Jada dan Will sudah tinggal berasingan selama tujuh tahun!

View this post on Instagram

A post shared by TODAY (@todayshow)

Malah, mereka berdua mungkin atau tidak lagi digelar sebagai suami isteri. Ya, DIVA pun sama pening memikirkan apa status  hubungan mereka ini. Apatah lagi, mereka kerap dilihat menghadiri acara bersama-sama.

Ramai yang mula bingung dengan aksi Will Smith yang memarahi dan menampar Chris Rock pada majlis Oscar tahun lalu. Tindakan Will yang menampar Chris gara-gara berang isterinya dibuat sebagai jenaka. Tapi dalam masa yang sama secara teknikal mereka bukan lagi suami isteri. Akibat dari tindakan melulu itu, Will Smith dilarang menghadiri Oscar selama 10 tahun!

Lebih menghairankan, Jada langsung tidak mengeluarkan apa kenyataan ataupun permohonan maaf dari pihak suaminya. Kata Jada dia juga terkejut dengan tindakan Will Smith.

Foto – Vox

Peminat mula mempersoalkan cinta dan kesetiaan antara mereka berdua ini. Apatah lagi dalam memoir terbaru Jada, Worthy membuka pekung yang Jada mengaku mendiang Tupac adalah soulmate hidupnya. Seriously, DIVA pun terkejut dengan kenyataan ini. Jadi dimana Will Smith dalam hati Jada.

Mungkin ramai juga tidak tahu, Jada pernah berlaku curang terhadap Will Smith. Ya, dia menjalinkan hubungan asmara dengan rakan anak sendirinya, August Alsina sekitar Jun-Julai 2015. Dari temubual Red Table juga, Jada selamba mengaku dan berpendapat perbuatannya itu untuk meleraikan kekusutan diri.

Foto – The Sun

Peminat sudah naik jemu dengan permainan narsistik Jada Pinkett Smith. Ramai yang menganggap Jada menggunakan situasi keluarga dan hubungan suami isterinya sebagai pelaris populariti. Peminat juga berharap Will Smith dengan secara rasmi meninggalkan dan menuntut perceraian dari Jada.

Sayang sekali, kerjaya dan populariti Will Smith terganggu kerana sikap isterinya yang cukup aneh. Sudah beberapa kali Jada berjanji untuk tidak membicarakan hal peribadi dan keluarga. Yup, tanpa apa-apa khabar buku Worthy keluar dengan membuka segala aib diri dan suaminya.

Foto – New York Post

Dari pemerhatian DIVA di Goodreads, Worthy kini mendapat rating 3.36 bintang dari pembaca.

Apa pendapat kamu tentang situasi ini?

FILED UNDER isteri will smithjada pinkett smithwill smith
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.