Tengah cuci selepas kencing, ada rasa pedih dan senak sekitar bibir vagina. Tapi kenapa? Rupanya bila kamu lihat di cermin, ada bintik putih seperti jerawat (cis) yang kemerahan. Rupanya kemaluan kamu ditumbuhi jerawat yang bakal membuat kamu merasa tidak selesa sepanjang hari.
Pun begitu, vagina yang ditumbuhi jerawat suatu perkara yang normal sebagai tanda kamu tidak menjaga kebersihan vagina dengan sebaiknya. Ia seumpama amaran pertama untuk kamu sentiasa berwaspada dengan kebersihan kemaluan.

Bukan sahaja faktor kebersihan, ada banyak lagi penyebab jerawat mula tumbuh antaranya;
- Memakai seluar dalam yang terlalu ketat
- Tidak kerap menukar tuala wanita
- Tabiat bercukur

Seperti jerawat dimuka, ia terjadi akibat pengumpulan kotoran, peluh dan bakteria dalam pori-pori. Kamu akan terasa seperti ada benjolan kecil, bengkak dan pedih ketika terkena air terutamanya mencuci kawasan tersebut.
Bahagian vulva yang sensitif juga boleh ditumbuhi jerawat. Turun nak kitaran hormon boleh mencetuskan kemunculan jerawat di vulva. Samada kitaran haid, semasa hamil atau remaja yang dalam proses akil baligh.

Cara terbaik untuk mengelakkan dari terkena jerawat di vagina atau vulva ialah mengamalkan tabiat kebersihan diri. Bagi tips untuk membuang bulu kemaluan, sebaiknya kamu trim sahaja. Namun bagi yang kamu gemar bercukur atau waxing. Nasihat DIVA gunakan pisau cukur yang bersih dan dapatkan rawatan waxing dari profesional.
Selamat beramal!