Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

3 Tips Dapatkan Bibir Merah Bak Delima & Sihat Seperti Angelina Jolie

by Soph.Azz
October 19, 2023
Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam banyak-banyak bibir, bibir Angelina Jolie juga yang jadi idaman!

Tiada seorang wanita pun yang tak mahu bibir mereka sentiasa nampak sihat dan merah bak delima. Cuba bayangkan bibir sudah merah seperti pakai gincu, tapi sebenarnya tidak. Best kan?

Sebenarnya kamu boleh dapatkan bibir merah bak delima secara semula jadi dan sihat kalau konsisten amalkan tiga tips berikut…

1. Skrub bibir guna campuran madu & gula

Kalau kamu nak tahu, bibir kita menjadi gelap kerana banyak sel kulit mati tidak dibuang di permukaan bibir. Jadi nak buang sel kulit mati tersebut, kamu perlulah rajin skrub bibir.

Foto – Pinterest

Buat sendiri saja, kamu hanya perlu campurkan satu sudu makan gula pasir dan satu sudu makan madu. Kemudian gosokkan campuran skrub tadi di bibir dengan perlahan selama 1 minit dan rehat sebentar. Akhir sekali bilas dengan menggunakan air suam okay?

2. Paling senang, minum air kosong dengan cukup

Bukan saja buatkan badan kekal terhidrasi dengan air yang cukup, air kosong juga boleh mengelakkan bibir daripada nampak kusam dan gelap. Jadi nak bibir merah bak delima, minumlah air kosong dengan cukup setiap hari okay?

3. Lip mask jangan tinggal ye!

Mungkin ada yang rasakan lip mask tak penting, tapi sebenarnya ia sangat penting. Sama ada gunakan lip mask yang sedia ada di pasaran, kamu juga boleh buat lip mask sendiri.

Foto – Pinterest

Cara-caranya:

  1. Campurkan kunyit dan minyak kelapa dalam satu bekas.
  2. Sapukan ke bibir dan biarkan selama 15 minit.
  3. Selepas rasa kering, cuci dengan bersih menggunakan air.

Bibir mungkin akan nampak kuning disebabkan oleh kunyit tapi ianya tak akan kekal lama tau.

Selamat beramal!

BACA:  Model Dedah Rahsia Bibir Merah Guna Berus Gigi, Tapi Elok Ke
FILED UNDER bibir merah semula jadicara merahkan bibirtips bibir merah
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.