Gorgeous – itulah pujian yang dapat diberikan pada koleksi baharu Hermes Beauty, Le Regard. Ia sebuah koleksi yang fokus untuk bahagian mata, bagi menyerlahkan sisi jelingan menggoda. Le Regard telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu dan bakal mulai masuk butik-butik antarabangsa sekitar 15 Oktober.
Produk yang menjadi tumpuan untuk Hermes Beauty kali ini ialah palet quad eyeshadow Ombres d’Hermès Eyeshadow. Ia mempunyai empat warna harmoni untuk kombinasi eye looks yang sempurna. Bahkan tekstur pada palet ini lengkap jenis satin, matte dan shimmer.

Menariknya lagi, palet pembayang terbaru Hermes Beauty ini turut didatangi bersama berus dan boleh isian semual. Tanpa perlu kamu beli palet yang baharu. Hey, sayangi alam!
Bukan itu sahaja, Hermes Beauty memperkenalkan produk maskara, Trait d’Hermès Volume Mascara yang mempunyai enam rona berbeza untuk warna bulu mata kamu. Ia diperkara dengan bahan-bahan seperti millet seed, moringa butter dan ekstrak white mulberry bark. Supaya bulu mata lentik dan terjaga sihatnya.

Tak lengkap koleksi Le Regard tanpa alat-alat kemaskini seperti berus pembayang mata, pengetip bulu mata dan berus kening. Namun DIVA tahu, produk yang akan jadi kegilaan ramai sebagai koleksi Hermes ialah Trait d’Hermès Eyelash Curler.

Teruja bukan? Akhirnya semakin banyak jenama mewah mulai mewarnai industri kecantikan.