Sejak diputuskan dari dunia perfileman, Amber Heard kembali dengan filem terbarunya. Biarpun watak Mera ura-ura digantikan oleh Emilia Clarke. Nampaknya bekas aktress Aquaman ini tidak putus asa untuk mengisi kekosongan dalam dunia lakon layar.
Amber kini dikatakan menetap di Sepanyol, membuat kemunculan dalam filem In The Fire. Menariknya Amber Heard bukan sahaja melakonkan watak utama. Bahkan juga sebagai salah seorang producer dalam filem ini.

Ia sebuah filem genre seram dan misteri yang mengisahkan seorang doktor (Amber Heard) datang merawat penyakit misteri seorang budak, Martin (Lorenzo McGovern Zaini) disebuah kampung terpencil. Latar masa untuk filem ini direka pada tahun 1890, ia bercampuk-aduk dengan stigma masalah mental dan perkara-perkara melibatkan tahyul.
Terdapat khabar angin mengatakan, hasil lakonan Amber Heard tidak memberangsangkan. Masih terlihat kaku dan berjaga-jaga. Ia kritikan yang telah biasa kita dengar, terutamanya ketika filem Aquaman ditayangkan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan pembawaan watak Mera oleh Amber Heard.

Aktress berusia 37 tahun dan pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia ini nampaknya sinarnya semakin malap. Lebih-lebih lagi isu rumah tanggan dengan bekas suami, Johnny Depp telah diketahui umum. Malah, masalah mental dan sikap Amber juga punca status sosialnya berubah. Ramai yang melahirkan rasa kesal, kerana Amber Heard tidak dinafikan memiliki wajah cantik sempurna.

DIVA tidak tahu apa akan jadi pada nasib filem In The Fire ini. Biarpun dikeluarkan dalam skala bajet kecil, tapi ia masih memerlukan keuntungan yang baik. Ini juga antara langkah perlahan-lahan Amber Heard untuk diterima kembali Hollywood.