Seperti kita tahu pemakaian bulu mata palsu bukanlah sesuatu yang selesa. Namun demi kelihatan cantik, ada yang sanggup menepek bulu mata palsu setiap hari. Sehingga menyebabkan bulu mata asli rosak dan mudah gugur.
Jadi bagi DIVA tidak perlu sakan memakai bulu mata palsu walaupun kamu kelihatan fresh dan bertenaga. Iyalah, dari mata turun ke hati dan kerana mata juga ia meneroka personaliti diri kamu.
Nah, tak ingin DIVA banyak pusing. Satu perkongsian di Instagram tentang teknik menggunakan maskara dengan hasil seperti memakai bulu mata palsu. Mudah sahaja!
Gunakan apa jua jenama maskara kegemaran kamu dan paling penting kamu ada spare berus maskara yang bersih.
Langkah-langkah;
1. Lapisi bahagian hujung bulu mata sahaja dengan maskara. Ia supaya memberi hujung bulu mata yang lebih panjang.
2. Berus bulu mata dengan maskara dari akar hingga ke hujung. Ulangi beberapa kali, pun begitu elakkan sehingga bulu mata clumpy.
3. Tunggu seketika untuk maskara kering dan ulang berus maskara pada bulu mata.
4. Langkah akhir, ambil berus maskara yang bersih dan berus seperti biasa. Ini supaya membersih bulu mata dari sisa clumpy. Hasilnya bulu mata lebih rapi dan terlihat natural lentik.

Selamat mencuba!