Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Selalu Rasa Malas? Belajar 7 Cara Orang Jepun Atasi ‘Penyakit M’

by Indah Aziz
October 12, 2023
Foto - Lina Wynn - Medium

Foto - Lina Wynn - Medium

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penyakit malas memang sudah sebati dalam diri manusia. Ia bukanlah sesuatu yang bersifat terlampau negatif, namun boleh menyebabkan diri sendiri dan orang sekeliling mendapat tempias yang kurang menyenangkan. Malas atau tidak produktif kadangkala disebabkan keletihan, depresi dan kurang minat untuk melakukan sesuatu tugasan.

Apa pun kalau berkaitan dengan kerja atau tanggungjawab hakiki, rasa malas bukan lagi boleh dijadikan alasan. Jika kerja itu perlu disiapkan, ya ia wajib kerana ada amanah dan sifat integriti. Jadi, apa pil penyembuh sementara untuk penyakit malas ini? Atau ada tak sesuatu gerak kerja yang membantu kita untuk sekurangnya bergerak biarpun tubuh ingin berbaring seharian?

Katanya ada tips dari orang Jepun untuk mengatasi masalah malas. DIVA tak pasti jika ia fakta atau sekadar motif. Pun begitu dari perhatian DIVA ia sekurang-kurangnya boleh menjadi motivasi dan kayu ukuran untuk menggerakan kerja harian kita.

Foto – ABC

Ikigai – mempunyai tujuan dalam hidup. Penyebab kamu bangun setiap pagi

Terdapat 4 peraturan dalam Ikigai iaitu;

  • Lakukan apa yang kamu cintai
  • Lakukan apa yang kamu bagus dalam sesuatu perkara
  • Lakukan apa yang diperlukan oleh dunia
  • Lakukan apa yang memberi keuntungan (upah) pada diri kamu
Foto – The Spruce

Kaizen – fokus pada peningkatan kecil. Sekurang-kurang 1% setiap hari

Kamu tidak perlu berjaya menyempurnakan tugasan dalam satu hari. Kata peribahasa Melayu, ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Betulkan? Daripada kamu tak buat langsung. Berdamai dengan apa yang kamu mampu pada hari itu.

Foto – Woman’s Day

Shosin – “If your mind is empty…it is open to everything. In the begginer’s mind there are many possibilities, but in the expert’s mind there are few.” Shunryu Suzuki.

Ia sebuah konsep dari agama Buddha Zen menggunakan pemahaman ‘minda kosong’ untuk membuat satu kerja. Pada pendapat DIVA, ia boleh digunakan supaya kita tidak mengharap terlalu tinggi atau besar pada tugasan itu. Lakukan sahaja seperti biasa, bebas fikiran dari bebanan harapan.

Foto – Health

Hara Hachi Bu – berhenti makan jika sudah hampir rasa kenyang.

Konsep makan banyak penyebab rasa malas mungkin ada betulnya. Selepas makan ada diantara mudah rasa mengantuk dan lesu. Malah, sunnah Nabi Muhammad SAW juga makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum rasa kenyang.

Foto – Science’s Time

Shinrin-yoku – dalam bahasa Jepun ‘shirin’ bermaksud hutan dan ‘yoku’ iala mandi.

Ini refleksi kepada kembali kepada alam semulajadi. Apa yang boleh DIVA jelaskan ialah berhenti seketika dari jadual harian, ambil cuti dan pilihlah destinasi yang menenangkan seperti percutian yang menghayati alam semulajadi. Banyak yang kita boleh pelajari dari hidupan floral dan fauna.

Foto – SHRM

Wabi-sabi – cari kecantikan dalam ketidaksempurnaan

Ya, mungkin kadangkala kita tertekan bila kerja yang disiapkan tidak sempurna atau tidak seperti hati harapkan. Sekali lagi DIVA ulang, berdamai dengan kebolehan kita. Cuba cari kecantikan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Ulangi dan buat penambaikan.

Foto – Modkat

Ganbaru – sabar dan lakukan mengikut kemampuan kamu

DIVA tak mahu ulang lagi! Ya, sabar dan lakukan sebaik mana kamu boleh. Rasa malas wujud bila kita melihat tugasan itu terlalu susah untuk disiapkan. Rilek, rilek sudahlah kan!

DIVA harap perkongsian ini dapat membantu kamu dan diri DIVA sendiri dalam menghadapi penyakit M yang kian berleluasa. Kongsikan artikel ini pada rakan-rakan kamu juga. Mana tahu ada mereka yang sangat memerlukan. Selamat beramal!

FILED UNDER hidup orang jepunpenyakit malastips atasi malas
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.