Takut rasa untuk jatuh cinta atau tidak ingin terburu-buru dalam meluahkan perasaan si dia. Bukan apa risau jika kamu hanya bertepuk sebelah tangan. Apatah lagi bila orang yang kamu terkenang di hati tampak cool atau buat rileks sahaja dihadapan kamu.
Nanti dulu, ada cara untuk kamu selidik mainan hati si dia dengan perhatikan gerak-geri atau perbualan si dia dengan kamu. Enath-entah, dalam diam dia juga amat menyukai kamu..
#1 Si dia selalu lihat kamu
Mungkin ada ketika kamu merasa kebetulan sahaja kerap bertentang mata dengannya. Namun ketahuilah, itu bermakna si dia sentiasa memerhatikan kamu. Tanpa sedar, mata kita sentiasa mahu melihat apa yang disukai di hati. Jadi, dalam hati dia ada namamu..
#2 Nada suara berbeza
Dengar baik-baik bila si dia berbicara dengan kamu. Tentu kamu akan perasan suaranya lebih perlahan, tersusun kata dan nada. Terdapat kajian mengatakan, perempuan mahupun lelaki akan menggunakan suara rendah bila bercakap dengan seseorang yang mereka cintai.

#3 Selalu bertanya tentang kamu
Perbualan kamu dan si dia pasti terselit dengan pelbagai soalan peribadi. Ini bermakna si dia ingin tahu lebih lanjut tentang kamu.
#4 Tonjolkan sikap positif
Bila mana ada masa kamu berdua, sudah pasti si dia penuh dengan senyuman dan gelak ketawa. Orang kata si dia kelihatan berseri-seri ketika kamu ada. Kamu juga boleh lihat gerak tubuh si dia yang selalu ingin berdekatan dengan kamu.

#5 Ingat small details
Kaget bila si dia teringat sekecil-kecil perkara tentang kamu. Kajian mendapati itu antara bukti ada jalinan emosi yang kuat dengan memori tersebut. Jadi, ya si dia simpan emosi pada kamu.
#6 Gembira bila ada persamaan!
Apa jua perkara antara kamu dan si dia ada persamaan, terserlah keterujaan si dia. Ini kerana ia membuatkan kamu dan si dia punya satu hubungan.

Cukup tak enam petanda ini pada jejaka idaman kamu itu?