Agak lama tak dengar dari Christian Louboutin bukan?
Kasut tumit tinggi bertapak merah ini sentiasa menjadi pujaan ramai. Mungkin ada yang lupa sekitar tahun 2017/2018 Christian Louboutin mengeluarkan koleksi lipstik Louboutin. Ia mencetuskan fenomena industri kecantikan dan fesyen ketika itu.
Lipstik Louboutin juga antara lipstik termahal dengan sekitar harga mencapai ribuan ringgit. Menariknya tentang lipstik ini ia hanya menyediakan pilihan dari rona kemerah-merahan, sebagaimana tapak kasut jenama ini. Malah, bekas lipstik pula boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen. Ia memberi aura vampire, misteri dan seksi.

Nah, setelah agak lama berdiam. Pada tahun ini Louboutin muncul untuk koleksi kecantikan sempena musim luruh 2023. Ia menampilkan dua belas Rouge Stiletto Lumi Matte lipstik kemasan pusam dengan pilihan rona merah, jingga dan ungu.

Setiap darinya berharga $60 sekitar RM240, dimana bagi DIVA agak berbaloi dan setanding dengan harga jenama kecantikan yang lain. Ditambah pula bekas lipstik yang cukup berbeza dari yang lain. Ia bekas berwarna hitam, diinspirasi dari tumit halus kasut Christian Louboutin.
Biarpun ia kemasan pusam (matte), namun lipstik ini lembut untuk sapuan menyeluruh pada bibir. Diperkaya dengan Pro-vitamin B5 dan ekstra bunga teratai. Bagi memberi kelembapan sehingga 8 jam pada bibir. Rouge Stiletto Lumi Matte dikatakan ringan, 100% vegan dan warna tahan lama.

Nak lihat lebih banyak lagi pilihan Louboutin Rouge Stiletto Lumi Matte layari https://us.christianlouboutin.com/ untuk pilih warna kegemaran kamu.