Kita tak dapat nafikan Kendall Jenner antara all-natural beauty (sedikit) berbanding adik-beradiknya. Malah, Kendall agak terhindar dari isu atau gosip yang mendatangkan kemarahan dari penyokong feminis. Biarpun digelar nepo-babies, tapi Kendall kekal dengan momentum kejayaan berjalan di pentas peragaan, karpet merah dan kini menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Walaupun ramai yang mula dismiss Kardashian-Jenner, satu perkara yang tetap nak kongsi tentang Kendall Jenner ialah rutin kecantikannya. Ia satu rutin kecantikan yang sangat mudah, tak perlu wang ringgit dan melalui kebersihan.

Ditemu-bual oleh Harper’s Bazaar, Kendall dengan terbuka berkongsi tentang rutin mandi;
”When I’m fresh out the shower – in my purest state!”
Menurut Kendall lagi, definisi kecantikan baginya bermula dengan kebersihan diri. Dia akan mandi setiap malam, jadi pada keesokan hari hanya perlu berus gigi dan membersihkan muka. Nah, mungkin ada keliru kenapa tak mandi pagi? Ini kerana tipikal cuaca disana kering dan sejuk berbanding di Malaysia.

Bangun sahaja tidur, Kendall akan pastikan dia akan mengambil air kosong secukupnya. Ini rutin kecantikan yang wajib dilakukan.
Apa yang boleh DIVA ambil contoh disini ialah rutin mandi. Mungkin kita boleh tiru rutin mandi pagi dan malam. Sebab DIVA tahu ada diantara tidak gemar mandi. Malah, pada hari minggu ada yang mandi lewat atau langsung tidak! Jadi jangan pelik kalau ketiak dan badan anda tetap berbau biarpun sudah mandi.
Amalkan sikap mandi, lebih lagi jika kamu kerap berpeluh!

Menariknya lagi ialah rutin pengambilan air kosong. Sekarang DIVA lihat kita diambang musim minuman manis. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membantutkan pertumbuhan sel kulit baharu. Jadi untuk capai kulit glowing, bebas jerawat dan kurang sensitif tinggal angan-angan.
Tak silap DIVA, Kendall Jenner juga mengalami masalah kulit berjerawat dan berminyak. Maka penyelesaian baginya ialah memastikan badan sentiasa hidrat, kurangkan mekap dan lebihkan minum air kosong.

Rutin kecantikan Kendall Jenner sungguh minimalis. Ia berbalik semula kepada langkah kesihatan. Benar, cantik dalam akan kelihatan cantik diluar.