Hermes bukan lagi jenama yang kita jarang dengar atau nampak. Selebriti atau pempengaruh di Malaysia juga makin rajin menjinjit beg mewah ini. Hermes lambang kemewahan fesyen untuk pelanggan yang bercitarasa tinggi. Malah, pelanggan Hermes juga bukan calang-calang orangnya. Sudah pasti menempah khas sebelum dapat membeli sebuah Birkin atau Kelly.
Sedang musim fesyan galak memberi pelbagai suhu kehangatan fesyen. Hermes baru-baru ini memperagakan koleksi terbaharu sempena musim bunga/panas 2024. Seperti biasa, Hermes tidak ketinggalan menampilkan hampir 10 air tangan baru untuk koleksi beg Hermes Spring/Summer 2024.
DIVA cukup teruja melihat, siluet baharu pada beg rekaan lama dan sudah tentu beg madely fresh. Jadi mari lihat apa yang disediakan dari Hermes untuk peminatnya.
-
Constance Elan
Hermes Constance kembali membuat kemunculan setelah lama didiamkan. Rekaan Constance kali ini lebih praktikal, boleh dipakai crossbody untuk apa jua saiz tubuh. Logo H tetap menjadi simbolik ikonik kepada Hermes Constance.

-
Birkin Disco Faubourg 20
Ini antara koleksi edisi terhad dan dikatakan hanya 20 set kulit esotik sahaja bakal dikeluarkan. Tidak seperti beg terdahulu yang lain, mangga yang menghiasi Birkin Disco Faoubourg 20 2024 digantikan dengan bola disko.

-
Shoulder Birkin
Direka oleh Jean Paul Gaultier pada 2024, Hermes Shoulder Birkin kembali setelah 20 tahun menghilang. Rekaan kali ini diberi nafas baru dengan fabrik denim dan flap dan pemegang berkulit. Jika mahu Birkin untuk dijinjit pada bahu, pilihlah Shoulder Birkin.

-
Mini Kelly Marqueterie
Rekaan elegan dihiasi haiwan ikonik Hermes, seekor kuda pada Kelly Elan.

-
Fonsebelle Chaine Re-edition
Hermes Fonsbelle yang dahulu koleksi vintaj dihidupkan semula dengan gubahan tali Chaine. Ia kekal dengan aura klasik seperti era 60-an. Padanan dengan Chaine menambah sofistikated dari mata DIVA.

-
Arcon
Sebenarnya Hermes Arcon telah muncul pada peragaan tahun lalu. Namun ia masih menjadi pujaan ramai dengan rekaan half-moon yang sangat cool. Arcon juga jadi kegemaran kerana ia seperti tote tapi lebih chic dan mudah digayakan untuk acara kasual. Kini Hermes mengeluarkan Arcon dengan dua saiz.

-
Plume
Rekaan paling lama dalam arkib Hermes iatu Plume tahun 1960. Tak sangka ia dikembalikan dengan pilihan saiz mini dan kekal terlihat timeless. Sesuai untuk dibawa ke pejabat atau acara formal. Biarpun rekaan bersegi yang ringkas, namun kualiyi chevre dan swift leather bikin dari jauh Hermes Plume cukup elegan.

-
Panier d’été
Musim bunga dan panas pasti penuh dengan jadual percutian bukan? Jadi Hermes lengkap fesyen percutian kamu bersama beg santai Panier d’été.

-
Pochette d’été
Jika tadi yang bersaiz besar seperti tote bag. Kamu juga boleh memilih saiz mini Pochette d’été.

-
Kelly Elan
Lagi rekaan klasik Hermes membuat debut terbaharu dengan bayangan Kelly Elan. Ia lebih chic, bahagian tali boleh diganti dan dijadikan double strap.

Agaknya bila semua ini akan masuk Hermes Malaysia atau sudah ada di butik? Siapa tahu..tolong jawab soalan DIVA ini!