Kalau ditanya pada DIVA, palet pembayang mata yang mana wajib ada dalam kit mekap. Sudah tentu, palet pembayang ata dari rona-rona neutral. Ini kerana rona neutral boleh membikin apa sahaja mood atau look mata yang kamu inginkan. Ia juga boleh menjadi tapak asas sebelum anda mengasah kreativiti dengan dimensi warna yang lain.
Palet rona neutral juga bagus untuk mereka yang mahu bermain dengan teknik pembayang mata. Ia warna selamat, mudah dan mesra!
Baik, pasti ramai yang mahu tahu neutral eyeshadow palette mesra poket juga kan? DIVA jumpa enam palet pembayang mata neutral dengan harga bawah RM200.
- Fenty Beauty Snap Shadows Eyeshadow Palette – True Neutrals [RM140]

- CLIO Pro Eye Palette #09 Botanic Mauve [RM159]

- Tarte Maneater™ Volume III Eyeshadow Palette – [RM155]

- Romand ROM&ND Better Than Palette #05 Shade&Shadow [RM139]

- ETUDE Play Color Eyes – #Warm Top of Charisma [RM145]

- PeriPera All Take Mood Palette #07 Nude Flexxxxx [RM99]

Semua feeling romantis dan minimalis bukan? Ini neutral eyeshadow paling DIVA syorkan pada kamu. Dapatkan tau..