Agaknya ini petanda persoalan hubungan cinta Kendall Jenner dan Bad Bunny berakhir jua. Kempen terbaru Gucci iaitu Gucci Valigeria debut pasangan ini sebagai kekasih terhangat di Hollywood. Mereka berdua dipanggil sebagai model top to bottom dengan helaian jenama double G ini.
Menariknya kempen Gucci kali ini, Kendall dan Bad Bunny seolah-olah dirakam oleh paparazzi. Mereka berdua kelihatan begitu bersahaja sebagai kekasih di lapangan terbang. Ada beberapa gambar yang jelas melihat mereka ini cukup selesa antara satu sama lain.

Gambar-gambar ini diambik oleh jurugambar professional, Anthony Seklaoui. Ia bertemakan “explores the jntimacy of traveling together”. Antara gambar menjadi pujaan peminat ialah ketika Bad Bunny, 29 melingkar kemas lengan di bahu Kendall Jenner, 27.
Sudah tentu kedua-duanya tidak kalah dengan outfit klasik Gucci. Dari pakaian, beg dan aksesori semuanya dari monogram Gucci. Paling mendapat perhatian dari kempen ini ialah kesegaran beg-beg duffle Gucci. Dimana pelengkap sebagai fesyen percutian kamu dan pasangan.

Dalam pada masa yang sama, Gucci juga perkenalkan “novel designs” terbaru. Iaitu perincian “fluorescent leather details” bersama “embossed GG” stail fabrik kulit bergetah. Ia konsep baharu untuk koleksi percutian mewah bersama Gucci.

Hebat juga Gucci dapat collab dengan pasangan sensasi Hollywood ini. Malah, para peminat tak usah khuatir lagi. Memang confirm Kendall Jenner dan Bad Bunny bercinta!