Apa sahaja yang berlaku di Korea pasti akan meresap masuk di Malaysia. Lebih lagi dunia kecantikan dan fesyen yang kita tahu menjadi pujaan para gadis disini. Ini mungkin estetika Korea terasa dekat di hati kita dan dibawa oleh idol K-pop yang cantik belaka.
Mesti ramai ingin tahu apa yang trendy di Korea Selatan? Kini para gdis fashionista Korea fokus menggayakan kuku, rambut dan mekap. Pilihan rambut dan mekap lebih minimalis. Namun kuku agak dramatik dari pemerhatian DIVA.
Mari lihat!
-
Mekap
Seperti biasa gadis Korea kekal dengan solekan nipis dan segar. Kali ini ia dimainkan dengan pemerah pipi dibawa hingga ke batang hidung. Selain itu, kulit dilapisi bb cushion high coverage dengan kemasan dewy. Manakala kelopak mata kerap dihiasi dengan glitter dan eyeliner nipis. Senang kata tetap ringkas!

-
Rambut
Potongan rambut pilihan kali ini lebih dekat Butterfly effect. Namun masih mengekalkan tekstur lurus dan nipis. Tampil lebih dramatik dengan tambahan jalinan halus seolah-olah mengembalikan aura Y2K.

-
Kuku
Luar biasa bila lihat gaya kuku mereka, bukan lagi sekadar pewarna kuku tapi tambah 3D gems, pearls dan acuan arkalik. Menariknya, gadis Korea kekal berkuku pendek, berbeza dengan gaya kuku Barat.

DIVA yakin gaya mekap dan rambut pasti akan digilai ramai. Kuku mungkin tidak mendapat sambutan sebab orang Malaysia makan nasi dengan tangan! Heee~