Dua tiga hari ini kecoh dunia internet bila Miu Miu menjual bukan baju, beg tangan tapi seluar dalam dengan kilauan labuci. Masalahnya ia bukan sahaja dipenuhi labuci tapi dijual pada harga yang tidak masuk akal, iaitu sekitar AS$5,600.
Seluar dalam yang menjadi statement khas Miu Miu untuk ketika koleksi Fall 2023. Diperagakan oleh aktress Emma Corrin diatas peragaan tahun lalu dan Kendall Jenner muncul sebagai model paparan iklan Miu Miu.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Miu Miu menjual seluar dalam dengan harga ribu-ribu. Sebelum ini pun Miu Miu tersohor dengan rekaan seluar dalam dari sutera atau wool dengan harga mahal. Cuma seluar dalam labuci kali ini menjadi perhatian kerana ia menggambarkan ketidakselesaan dan mungkin tidak berfungsi sebagai pakai harian.
Malah, siluet seluar dalam ini kelihatan tebal dan besar seperti lampin bayi. Mungkin Miu Miu sedar trend di karpet merah sekarang, selebriti lebih gemar menayang bentuk kaki dan memakai dress dari fabrik jarang.

Apa yang menjadi perhatian DIVA ialah reaksi lucu dari peminat setelah melihat seluar dalam ini. Bukan sahaja kritik tentang rekaannya yang hodoh, turut dikatakan kemungkinan boleh terkena jangkitan yis. Terutamanya pada seluar dalam ‘courduroy shorts’ dari fabrik wool. Siap boleh pakai dengan tali pinggang!

Suhu ketika musim luruh juga sejuk dan dingin. Jadi untuk memakai seluar dalam begini ketika keluar rumah memang tidak masuk akal. Iyalah, koleksi ialah Miu Miu Fall 2023.

Kamu rasa berbaloi ke dengan seluar dalam begini? Lama-lama DIVA tenung macam seluar dalam orang tua pun ada. Alahai.