Fenty Beauty setakat ini tidak pernah menghampakan peminatnya dengan keluaran produk-produk terbaru. Kini, peminat Fenty Beauty dan of course Rihanna disajikan dengan warna-warna pilihan stik pembayang mata yang sesuai untuk semua jenis tona kulit. Bahkan ia juga tahan lebih lama, mudah dirapikan bagi setiap bentuk mata dan mudah digunakan.
“This formula is so creamu, it almost feels like second skin. I love how in just one swipe, instantly see a ton of color, but don’t have to worry about creasing, fall-out, or touching up throughout the day. They’re so easy to use and great for on-the-go, too.” – Rihanna

Teruja bukan? Shadowstix ini mempunyai 8 pilihan warna untuk formula matte dan shimmer. Rona-rona warm digunakan bagi memberi pelbagai ilham kreativiti solekan. Bahkan ia juga boleh dijadikan sebagai solekan mata harian.

Menarik lagi, kamu tak perlu risau tentang masalah pembayang mata comot atau bercapuk akibat peluh. Formula Shadowstix mampu bertahan sepanjang hari dan kekal mewarnai kelopak matamu. Jangan lupa padankan dengan maskara terbaik Fenty Beauty (Hella Thicc Volumizing Mascara) untuk hasil solekan mata bak Rihanna.

Sudah pasti produk Shadowstix Fenty Beauty, selamat dan 100% cruelty free.

Fenty Beauty Shadowstix Longwear Eyeshadow Stick berharga RM125 dan kamu boleh dapatkan di seluruh stor Sephora Malaysia. Untuk lebih mudah, layari sephora.my.
Shine like a diamond!