Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Tabiat Pelik Victoria Beckham, 25 Tahun Makan ‘Lauk’ Yang Sama!

by Indah Aziz
September 24, 2023
Foto - Daily Mail

Foto - Daily Mail

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pelik tapi benar, Victoria Beckham tidak pernah menu makananya selama 25 tahun. Rahsia ini dibongkar oleh suaminya, David dalam temubual podcast bersama River Cafe Table. Menurut David, dia sangat passionate tentang makanan dan sentiasa ingin berkongsi makanan yang menjadi kegemarannya.

Malangnya, isteri tercinta bekas pemain bola sepak sensasi ini lebih gemar makan salmon panggang dan sayur kukus setiap hari! Victoria hanya pernah menukar menu makan ketika hamil anak mereka yang bongsu. Namun selepas itu, Victoria kembali dengan tabiat lama.

Foto – The US Sun

Terkejut DIVA apabila David mengaku dia akan masak pelbagai masakan kegemaran ketika Victoria tiada di rumah. Ternyata David Beckham sangat berminat dengan dunia masakan. Malah, anak-anak juga gembira ketika si bapa menyediakan pelbagai menu seperti stik daging dan makanan English.

DIVA selidik tentang tabiat Victoria Beckham yang obses dengan salmon panggang dan sayur kukus. Iyalah, pagi, tengahari atau malam itu sahaja yang melalui tekak dan perutnya. Setiap hari, selama 25 tahun, bayangkan!

Foto – TikTok Victoria Beckham

Rupanya ia demi kecantikan kulit, ini kerana salmon mengandungi omega-3, tinggi vitamin D, protein, vitamin B dan biotin yakni sangat baik untuk keperluan anti-oksida. Hasilnya kulit lebih sihat dan muda remaja. Pun begitu, bukanlah kena makan salmon semata-matanya.

Apa jua makanan yang sihat tetap memberi manfaat kecantikan dan kesihatan pada kulit. Kurangkan makanan bergula, karbohidrat dan makanan tinggi asid bagi mengelakkan keradangan kulit.

Foto – Daily Mail

Jadi kalau benar alasan Victoria Beckham makan salmon panggan setiap hari untuk kulit, bagi DIVA agak ekstrem. Malah sayang kerana tidak menikmati nikmat Tuhan yang menyediakan pelbagai rasa, tekstur dan sumber makanan.

Foto – The Spures Eat

Agaknya ada tak pembaca DIVA seperti Victoria Beckham? Obses dengan satu makanan? Kongsikan!

BACA:  Selain Angelina-Shiloh, Wajah Selebriti & Anak Ini Dah Macam Kembar!
FILED UNDER cincin victoria beckhamdavid dan victoria beckhamdiet victoria beckhamvictoria beckham
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.