Baru-baru ini kecoh diserata media sosial apabila gambar-gambar anak perempuan kepada diktator Korea Selatan didedahkan kepada umum. Kim Ju Ae yang dikatakan kini berusia 10 tahun semakin aktif keluar bersama bapanya mengikuti pelbagai majlis rasmi. Jika sebelum ini hanya kelibat isteri dan kakak sahaja dipamerkan.
Ramai menganggap ini adalah suatu taktik Kim Jong Un untuk memperkenalkan kepada dunia pewaris kuasanya nanti. Pun begitu, DIVA agak sangsi adakah selepas ini Korea Utara akan berkuasa dibawah pemerintah seorang wanita? Terdengar juga desas-desus rakyat Korea Utara tidak menyukai Kim Ju Ae.

Apa pun, mata dunia tidak dapat menolak wajah Kim Ju Ae sangat comel dan mirip ibunya yang cantik. Apatah lagi dia terlihat memakai pakaian jenama dan bertubuh gempal jauh berbeza dari realiti penduduk Korea Utara. Ya, anak diktator pasti hidup mewah dan cukup makan berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Buat pengetahuan pembaca DIVA, Kim Jong Un sebenarnya memiliki tiga orang anak. Seorang anak lelaki lahir pada tahun 2010, Kim Ju Ae pada 2012-2013 dan anak bongsu yang tidak diketahui jantina sekitar 2017. Seperti DIVA maklum tadi, agak pelik jika Kim Jong Un ingin mengangkat anak keduanya sebagai pemerintah selepasnya. Lebih lagi dunia patriaki seperti Korea Utara.

Kelibat Kim Ju Ae muncul secara rasmi pada 7 September 2023 semasa acara perarakan Hari Penubuhan Republik ke-75. Sejak itu pelbagai spekulasi, reaksi negatif mahupun positif terhadap Kim Ju Ae. Malah, ada juga yang berharap gadis cilik ini mampu mengubah Korea Utara lebih terbuka dan adil untuk rakyatnya.