Setiap hari kalau kamu seperti DIVA juga scroll TikTok tanpa apa-apa tujuan dan akhirnya terjumpa satu lagi pempengaruh yang cuba untuk mendapat views clout. Ia kalau tak video merepek, pasti kononnya memberi pelbagai tips kesihatan, kecantikan dan kehidupan. Sampai satu tahap, kamu rasa hidup kamu tak lagi normal dan mungkin akan mengalami krisis identiti.
Ya, dalam empat hari lepas seorang pempengaruh kecantikan dari Amerika Syarikat mencadangkan kita semua harus memilih warna lipstik mengikut warna putih payudara. Menurut @claireashleybeauty ia kononnya match dengan warna bibir. Mungkin saat mendengar tips ini kita akan bersetuju dan teruja untuk mencuba. But wait a minute!
@claireashleybeauty Best lipstick makeup tip to make your makeup look better!💄 best makeup tips 2023, best fall lipstick, fall makeup 2023, best fall lipstick, lipstick that stays on, beginner makeup, makeup tips i wish i knew sooner, makeup tips i wish i knew earlier #bestlipstick #fallmakeuplooks #fallmakeuptrend #makeuphack2023 #falllipsticks #falllipstick #drugstorelipcombos #bestdrugstoremakeup2023 #bestdrugstorelipsticks #bestdrugstorelipgloss #makeuptipsiwishiknewsooner #makeuptipsiwishiknewearlier #beginnermakeuptutorials #beginnermakeupproducts #beginnermakeupguide
Tidak semua orang memilki warna puting yang sama dengan bibir. Malah, warna puting akan berubah selepas bersalin atau mengalami perubahan hormon. Jika kamu lihat komen-komen di TikTok agak positif. Namun lain kisah di laman Instagram, pelbagai pendapat dan tujahan komen diberikan kepada wanita ini. Sehingga dia terpaksa menutup ruang komen!
Dari carian DIVA, tips ini sudah lama diperkenalkan dan MooGoo antara jenama kecantikan mengeluarkan produk lipstik dengan rona-rona seakan warna puting. Walaupun ia cukup popular tapi bagi DIVA ia seperti warna lipstik yang lain. Nothing special sis.

Sebenarnya tips ini lebih kurang dengan tips yang mencari warna lipstik menggunakan hujung jari. Hasil tinjauan DIVA lagi, rata-rata lebih setuju jika tips ini dikatakan untuk mencari match lipstik nude. Apa pun ia tidak akan menjadi suatu teori solekan yang kekal, kerana ia boleh berubah.
Tidak semua perkara boleh dikongsi sebagai tips, ada kala ia sekadar untuk hiburan lebih lagi di media sosial. Apa pendapat kamu tentang tips ini? Ada yang teringin cuba?