Ini merupakan berita gembira buat peminat anime Chainsaw Man! Uniqlo kini mengeluarkan helaian t-shirt edisi terhad “Chainsaw Man x Kosuke Kawamura UT”. Ia koleksi t-shirt grafik ekslusif dari anime yang telah diadaptasi dari manga bersiaran di Netflix pada tahun lalu!
Tanpa disangka, anime ini mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Kini dengan kolaborasi bersama artis kolaj, Kasuke Kawamura dan Uniqlo menghasilkan koleksi UT ini rekaan original. Menariknya rekaan ini ia berdasarkan babak pertarungan dan ekspresi dari originaliti anime tersebut.

“I used a lot of the original anime art and scenes for this collection. Since the drawings are very detailed, it was easy to expand the range of ideas as design material, and I was able to try various collage styles and methods. Eeven in the rough original drawing, the pictures themselves are well finished., and I felt that they could be used as-is T-shirt designs. My aim was to create designs that long-time fans of Chainsaw Man could enjoy as something a little different, and that people unfamiliar with the anime would want to wear as well.”
Ya, koleksi UT Chainsaw kali ini dengan siluet lelaki yang selesa dan basic. Namun t-shirt ini masih boleh digayakan oleh kaum perempuan sebagai satu gaya street style. Apatah lagi kalau ini matching dengan teman lelaki.

DIVA cukup tertarik dengan penjelasan Kosuke yang turut meneliti rekaan Chainsaw Man supaya mereka yang tidak tonton anime turut ingin memakainya. Sudah tentu, siapa yang citarasa minimalis dan sukakan seni manga pasti tertarik.

Pasti ada yang tidak sabar untuk add-to-cart bukan? Nanti dulu, “Chainsaw Man x Kosuke Kawamura UT” akan berada di semua stor Uniqlo Malaysia atau uniqlo.com pada 25 September 2023 (Isnin). Harga untuk sehelai t-shirt cukup murah! Hanya RM79.90 untuk edisi terhad ini.

Siapa yang ingin hadiahkan pada teman lelaki, sahabat atau diri sendiri pasti ini satu pelaburan yang terbaik. Apatah lagi ia satu helaian edisi terhad anime yang cukup popular.

Tunggu 25 September ini untuk “Chainsaw Man x Kosuke Kawamura UT”!