Hanya satu-satunya jenama mekap yang tidak pernah mengubah konsep, masih juara dalam formula dan mengangkat sifat seni dalam dunia solekan. MAC Cosmetics boleh dikatakan primadona atau legend dalam seni solekan. Bermula dari tahun 1984 dari dua pengasas asal Kanada, Frank Toskan dan Frank Angelo. Namun pada tahun 1998 ia telah dibeli oleh Estee Lauder Companies.
MAC akronim dari Make-Up Art Cosmetics yakini bertujuan dalam menghasilkan produk solekan untuk jurusolek profesional. Terutamanya dalam bidang fotografi, modelling dan perfileman. Ini kerana formula yang dihasilkan oleh MAC cukup mengagumkan untuk tetapan pencahayaan studio.

Kini MAC Cosmetics bukan sahaja untuk golongan profesional tapi juga peminat mekap biasa. Pun begitu, sejak awal tahun 2017 kebangkitan jenama mekap selebriti, pempengaruh dan trend membuatkan MAC Cosmetics goyah. Ini kerana MAC tidak mengikuti kebanyakan trend, tapi bertujuan kepada solekan profesional.
DIVA salute dengan MAV Cosmetics masih teguh dengan pendirian seni artistik yang ditampilkan, biarpun agak tenggelam sekarang. Yakinlah, MAC akan bangkit semula kerana visi dan formula produk yang bagus.

Jadi DIVA ada beberapa produk terbaik MAC Cosmetics untuk kongsikan dengan pembaca. Ia antara produk terulung MAC Cosmetics dan tidak akan boleh diganti yang lain.
Studio FIX
Apa jua produk dari koleksi Studio FIX memang wajib dapatkan! Formulasi yang sungguh hebat, berkualiti dan memberi kesan solekan profesional.
- Studio FIX Powder Plus Foundation [RM176-RM182]

- Studio FIX Fluid SPF 15 [RM176-RM182]

- Studio FIX Conceal and Correct Palette [RM181]

MAC Prep + Prime
Sehingga sekarang semburan primer ini menjadi kegilaan ramai. Ia boleh digunakan sebelum dan selepas mekap. Bertujuan untuk mekap lebih tahan lama dan flawless!
- Prep + Prime Fix+ [RM149]

MAC Lipstik
Dari matte, satin, cremsheen sehingga ultra matte semua ada di MAC Cosmetics. Itu belum lagi pilihan warna dari nude, neutral hingga warna-warna garang. DIVA sisipkan warna popular lipstik MAC.
- Retro Matte Lipstick – Ruby Woo [RM105]

- Matte Lipstick – Velvet Teddy [RM105]

- Cremesheen Lipstick – Creme D’Nude [RM105]

- Satin Lipstick – Faux [RM105]

MAC Pigment
Pigmen serbuk atau loose pigmen untuk saduran kelopak mata. Ia cukup popular untuk melengkapkan karya seni bukan sahaja sebagai pembayang mata tapi seni pada kanvas wajah.
- Pigment / Mini M.A.C [RM51]

Jika kamu tak pernah cuba mana-mana produk MAC Cosmetics sebelum ini. DIVA amat syorkan produkproduk diatas. Boleh dapatkan secara atas talian di maccosmetics.com.my atau sephora.my. Kamu juga boleh kunjungi stor MAC Cosmetics untuk pengalaman peribadi solekan atau produk.
Semoga MAC Cosmetics tidak pudar dari radar kecantikan dan terus unggul!