Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Baju Sejuk Merah Ikonik Puteri Diana, ‘Selamat’ Dilepaskan Pada Harga $1.1 Juta

by Indah Aziz
September 17, 2023
Foto - Fashionista

Foto - Fashionista

8
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baju sejuk merah dengan barisan biri-biri comel milik Puteri Diana, kini menjadi milik seseorang pada harga $1.1 juta. Ia menjadi baju sejuk paling popular setelah Puteri Diana muncul menonton perlawanan polo Raja Charles sekitar 1981. Baju sejuk ini antara momen awal percintaan Puteri Diana dan bekas suaminya itu.

Siapa sangka, baju yang menghangatkan tubuh ketika musim dingin menjadi rebutan ramai. Ia merupakan helaian dari jenama British, Warm & Wonderful. Ada cerita mengatakan syarikat tersebut terpaksa menggantikan baju sejuk yang baharu, kerana baju milik Puteri Diana telah rosak. Ini kerana ia dipakai acap kali oleh wanita hebat ini.

Foto – The New Yorker

Bidaan baju sejuk merah ini hanya berlangsung selama 15 minit sahaja oleh pihak Sotheby. Bayangkan dari mula bidaan nilai $190,000 melonjak kepada $1.1 juta! Padahal Sotheby hanya anggar sekitar $80,000 tapi ia naik sehingga 14 kali ganda.

Foto- A News

Sebenarnya ini bukan kali pertama, barang peribadi Puteri Diana dilelong. Januari lalu dikatakan bintang realiti TV, Kim Kardashian membida kalung Attalah Cross dengan harga $197,453.

Foto – Fashionista

Mungkin kamu mengidam nak bajuk sejuk merah seperti Puteri Diana?

Pada tahun lalu, jenama Rowing Blazer lancar koleksi reedition untuk baju sejuk ini. Malah, Warm & Wonderful masih menjualnnya. Kalau pergi ke London bolehlah kamu dapatkannya. Atau biar DIVA sahaja bantu kamu untuk dapat baju merah sejuk inspirasi dari Puteri Diana.

  • Rowing Blazers – Diana Edition sheep sweater [RM1300]
Foto – Rowing Blazers

Alternatif lain baju sejuk merah Lady Di;

  • Tommy Hilfiger Cropped Crew Neck Sweater [RM859]
Foto – Zalora Malaysia
  • Uniqlo Crew Neck Puff Long Sleeve Sweater [RM179]
Foto – Uniqlo
  • ZARA Knit Sweater with zip [RM219]
Foto – ZARA

Biarpun hampir 25 tahun Puteri Diana meninggalkan kita semua. Namun legasinya tentang kebaikan, kecantikan dan fesyen tidak pernah padam.

BACA:  Transformasi Kristen Stewart Jadi Puteri Diana, Dari Fesyen Rambut Hingga Suara
FILED UNDER baju sejuk puteri dianafesyen puteri dianaputeri dianarowing blazerswarm & wonderful
Share3SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.