Berita baik buat peminat fesyen terutamanya pengguna setia laman Zalora Malaysia! Kini jenama eksklusif Sandro kini tersusun rapi didalam koleksi khas Zalora. Ia lengkap bukan sahaja pakaian tapi pelbagai koleksi aksesori dari rekaan Perancis ini.
Sandro merupakan jenama asli Perancis bermula pada tahun 1984. Ia hasil seni pengasas Evelyn Chetrite yang konsisten dalam mengetengahkan rekaan inovatif dan kualiti buatan tangan. Jenama Sandro sememangnya membawa kombinasi moden dan sofistikated dalam satu gaya yang elegan.

Kini koleksi terbaharu Sandro Fall/Winter 2023 NOW mula menjengah dalam Zalora. Hamparan koleksi NOW merupakan satu idea untuk wanita yang ingin bermain dengan gaya maskulin. Namun ia masih menyerlahkan sisi feminin dan sensual.

Dari perhatian DIVA, kebanyakan koleksi kaspsul Sandro dalam potongan diskaun yang menarik. Bukan sahaja dress, t-shirt, skirt dengan diskaun sehingga 30% hingga 50%. Malah beg tangan, kasut dan pelbagai aksesori juga ditawarkan dengan harga yang begitu berpatutan.


Sandro juga antara jenama yang anda boleh biasakan untuk langkah pertama mengikut gaya gadis Perancis. Warna neutral, siluet minimalis dan fabrik berkualiti semua ada Sandro.

Kamu boleh meneliti koleksi Sandro di laman rasmi Zalora atau muat turun aplikasi telefon pintar Zalora. Layari https://www.zalora.com.my/store/sandro/special-price/ untuk koleksi harga diskaun.
Selamat membeli-belah!