Syabas buat Nu Skin kerana buat kali enam, jenama peneraju kecantikan dan kesihatan global diiktiraf sebagai jenama nombor satu di dunia untuk sistem peranti kecantikan oleh Euromonitor International Ltd. Yakni menjalankan pelbagai penyelidikan pasaran untuk industri penjagaan kulit. Dari hasil penyelidikan dan metodologi spesifik Euromonitor yang dijalankan pada bulan April hingga Jun 2023.
Ternyata sikap komited Nu Skin dalam menawarkan pelbagai kaedah kecantikan dan kesihatan membuahkan hasil. Terutamanya dengan peranti kecantikan paling popular ageLOC® LumiSpa® iO. Dimana peranti Nu Skin memberi rawatan dan pembersihan kulit pintar. Ia juga telah dinamakan ‘Product of the Year’ pada tahun 2022 oleh Business Intelligence Group.
- ageLOC® LumiSpa® iO [RM1273]

Mempunyai teknologi ‘Micropulse Oscillation’ yang telah dipatenkan. Pengguna akan dibawa penyesuaian rawatan, bimbingan pintar, penjejakan rutin penjagaan kulit dan lain-lain. Malah peranti ini dapat memberi tujuh manfaat kebaikan kulit seperti mencerah, melembutkan, mengurangkan tanda penuaan dan saiz pori-pori.
”Kami sememangnya teruja untuk meneruskan perjalanan pentakrifan penjagaan kulit dan kesejahteraan di Malaysia untuk menjadikan kecantikan yang holistik sebagai aspirasi yang boleh dicapai oleh semua” – Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei.

Dari tinjauan DIVA melalui laman sesawang www.nuskin.com. Koleksi peranti kecantikan Nu Skin telah banyak terjual atau sold out. Membuktikan peranti Nu Skin sememangnya menjadi kegemaran mereka yang menghargai teknologi dalam dunia penjagaan kulit. Selain itu, keberkesanan dari peranti ini juga membuatkan pengguna tidak lelah untuk mendapatkannya.

Malah Nu Skin mempunyai pelbagai peranti lain untuk pelbagai masalah kulit seperti ageLOC Boost™ dan ageLOC® Galvanic Spa®. Nu Skin mampu mengubah konsep penjagaan kulit lebih mudah, efektif dan berkesan biarpun hanya berada di rumah.
Syabas buat Nu Skin dengan penganugerahan buat enam tahun berturut-turut!