Tatkala ramai lelaki yang ingin menjaga sifat maskulin, Jacob Elordi selamba menambah beg tangan wanita sebagai keperluan harian. Jacob tidak sahaja menjinjit beg tangan tersebut sebahagian dari fesyen atau di karpet merah.
Namun, pelakon muda ini benar-benar menggunakan beg tangan wanita sepertimana wanita lain. Ya, dia enjoy pakai handbag!
DIVA suka bila lelaki tegap, gagah dan macho seperti Jacob tidak malu memakai beg tangan wanita. Malah dia juga bijak mengayakan ia seolah-olah beg itu versi unisex. Jika lelaki lain dikutuk sendu kerana membawa beg tangan girlfriend atau isteri, tapi Jacob guna terus! Serius, why not guys? Kalau difikirkan semula ia hanya sebuah beg tangan.

Perkara yang lebih baik lagi ialah tak ada lagi masalah dompet tercicir, kunci tertinggal dan tisu melekat didalam poket. Iyalah, dari perhatian DIVA sendiri lelaki sekarang pun banyak bawa barang kalau keluar rumah. Bukan perempuan sahaja tau.
Kembali semula pada Jacob Elordi. Pilihan jenama beg tangan pelakon Euphoria ini ternyata bukan calang-calang. Dari Louis Vuitton, Burberry atau Bottega semuanya menambah nilai dalam outfit.

Tanpa sedar, Jacob Elordi mampu menjadi contoh kepada lelaki lain yang mungkin meminati beg tangan wanita. Namun atas stigma masyarakat lelaki memakai beg tangan wanita akan dikategorikan sebagai lelaki lembut. Tak silap DIVA, selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Azwan Ali juga berani menjinjit beg tangan orang perempuan.

Bawa beg tangan wanita tidak bermakna kamu lelaki lembut atau sebagainya! It just kamu menghargai karya seni yang disiapkan dalam bentuk beg tangan. Bonus, kamu boleh bawa banyak barang juga.
Jadi apa pendapat pembaca tentang perkara ini? Bagi DIVA ia sesuatu yang sangat cool.