Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

5 Stail Fesyen Gadis Semasa Paris, Semua Boleh Beli Di Uniqlo Jer!

by Indah Aziz
September 9, 2023
Foto - Leonce Chenal

Foto - Leonce Chenal

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini DIVA baru sahaja cuci mata di Uniqlo, ternyata stor pakaian dari Jepun masih menjadi pilihan ramai. DIVA kagum dengan keupayaan Uniqlo mengekalkan kualiti dan harga pada setiap helaiannya. Ternyata dengan mengangkat rekaan minimalis, warna neutral dan fabrik selesa Uniqlo buktikan ini yang pelanggan mahukan.

Sedang syok DIVA melihat dan memilih helaian baru, ternyata banyak juga rekaan ringkas Uniqlo boleh diolah menjadi gaya fesyen para gadis di Paris. Ya, biarpun kota Paris ialah kota cinta dan fesyen. Namun pilihan fesyen harian disana begitu simple dan praktikal. Senang kata, fesyen itu ialah siluet pada pakaian bukan logo atau jenama.

Foto – Fashionista

Nah, sekarang mari DIVA ajar kamu dengan lima pakaian daru Uniqlo kamu boleh menarik aura seperti gadis semasa Paris.

#1 Kemeja longgar

Keadaan cuaca panas dan lembap di Malaysia bermakna pakaian yang longgar perlu menjadi pilihan utama. Kalau di Paris kerana gaya, di tanah air pula disebabkan suhu. Kemaja longgar dan labuh sering dilihat pada tubuh si gadis Paris. Ia satu gaya yang boleh ubahsuai untuk pelbagai acara. Apatah lagi senang untuk mix-match samada dengan skirt atau seluar panjang.

Foto – Pinterest
  • Uniqlo Cotton Long Sleeve Shirt [RM129.90]
Foto – UNIQLO

#2 Jaket denim

Hanya sehelai jaket denim begini ia mampu 180 darjah gaya kamu. Sesuai sangat untuk feeling street style. Tak tahu nak pakai apa, sarung jer jaket denim Uniqlo ini.

Foto – Pinterest
  • Denim Padded Shirt Jacket [RM449.90]
Foto – UNIQLO

#3 Kot selesa

Sekejap sejuk, sekejap panas sememangnya tak salah ada satu kot begini. Cara untuk gayakan pun mudah. Boleh tampil dengan kemeja, t-shirt atau jeans. Kamu pun akan nampak lebih rileks.

BACA:  Fesyen Jalanan Ala Gadis Paris, 10 Item Kena Ada Dalam Wardrobe
Foto – Le Chic
  • Uniqlo Tailored Jacket [RM229.90]
Foto – UNIQLO

#4 Seluar baggy

Lebih selesa dan kasual, apatah lagi untuk gaya tiap hari. Tak semestinya jean, kamu boleh gaya apa jua seluar janji dengan gaya longgar seperti baggy ini.

Foto – Who Wear What
  • Uniqlo Baggy Jeans [RM149.90]
Foto – UNIQLO

#5 Skirt

Satu cara untuk kekal gaya feminin dan menambah aura jelita kamu ialah kombinasi bersama skirt ringkas seperti ini. Gadis Paris suka pakai skirt mereka bersama sneaker atau kasut flats. Simple tapi menawan!

Foto – Pinterest
  • Uniqlo 3D Knit Souffle Yarn Ribbed Side Slit Skirt [RM249.90]
Foto – UNIQLO

Senangkan nak ikut gaya begini? Selesa pun selesa, cantik apatah lagi! Cubalah pergi Uniqlo mana tahu lebih banyak lagi inspirasi kamu dapat setelah membaca tips ini.

Selamat mencuba!

FILED UNDER fesyen gadis parisfesyen uniqlouniqlo malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.