Memiliki rambut yang ikal, sihat dan bebas kelemumur merupakan idaman bagi semua wanita tidak kira yang bertudung mahupun tidak. Ini kerana bagi kaum Hawa, rambut merupakan mahkota yang perlu dibelai dan dijaga dengan rapi.
Sudah menjadi fitrah manusia, selain wajah, kita juga akan menilai seseorang menerusi rambutnya. Namun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, mendatangkan kesan kepada para pemakai tudung terutamanya masalah kelemumur yang sering dikaitkan dengan masalah kulit kepala berbau serta berminyak.
Sedar atau tidak, antara kita sering kali mendengar rungutan wanita bertudung mengadu domba mengenai peritnya kegatalan kulit kepala jika memakai hijab dalam tempoh yang lama dek kerana kelemumur. Bahkan, ramai beranggapan wanita bertudung tidak pandai menjaga rambut? Namun, itu hanyalah dakwaan semata-mata.
Ada juga berlakuya stereotaip yang mengatakan bahawa rambut yang tersembunyi oleh tudung mungkin tidak mendapat penjagaan yang baik dan cenderung menjadi rambut kepam serta berkelemumur.
Wanita berhijab seperti mana juga wanita lainnya, wajar mengutamakan penampilan dan kebersihan rambut. Memelihara rambut yang sihat adalah impian semua orang, termasuk mereka yang bertudung. Kegatalan kulit kepala dan kelemumur tidak boleh dikaitkan secara langsung kepada pemakaian tudung, kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keadaan rambut.
Jika dikaji dan ditelusuri hingga ke akar umbi, permasalahan utama bagi wanita berhijab adalah kerana tidak mengamalkan penjagaan rambut dengan betul sehingga kelemumur menjadi berkuping. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan ada wanita tidak keluar rumah kerana tidak selesa dek tangan asyik menggaru kulit kepala sehingga menjadi kemerah-merahan.
Tambahan pula, ia mendatangkan senario yang memalukan ‘awkward moments’ apabila terdapatnya kepingan halus warna putih kelihatan dengan jelas sekali pada pakaian berwarna gelap.
Tudung bukanlah sekadar selembar kain yang menutupi kepala dan rambut namun ia adalah pakaian yang penuh makna dan pesan moral. Salah satu inti pati utamanya adalah kebersihan dan kecantikan dari dalaman dan luaran. Jadi, bertudung tidak seharusnya dijadikan alasan atau penghalang untuk memiliki rambut sihat ikal mayang.
Namun, disebabkan kesalahan dalam amalan penjagaan rambut di rumah, tidak keterlaluan menyifatkan sebahagian besar daripada wanita lebih cenderung membelanjakan sejumlah wang menjalani rawatan rambut di salun.
Bagi wanita berhijab, memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda bersikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala, ia menyebabkan kelemumur, rambut gugur dan bercabang pastinya menjadi masalah utama anda.
Oleh itu, wanita berhijab perlu memberi perhatian yang sewajarnya untuk mencuci rambut secara berkala dengan syampu yang sesuai dan memastikan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai tudung. Selain itu, pemilihan kain tudung yang lembut dan mesra kulit kepala juga merupakan langkah penting dalam menjaga kesihatan rambut dan bebas kelemumur. Usah khuatir, solusinya ada dalam botol Selsun Blue!
Selsun Blue adalah syampu khusus yang diformulasi istimewa untuk mengatasi masalah kulit kepala berkelemumur. Dengan kandungan utama sebanyak 1 peratus Selenium Sulfide, Selsun Blue membantu melawan masalah kelemumur dengan cepat dan efektif! Untuk wanita berhijab, masalah kulit kepala berkelemumur berpotensi menjadi lebih rumit kerana kulit kepala sukar mendapat pengudaraan yang secukupnya. Inilah mengapa Selsun Blue perlu menjadi teman terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Keunikan Selsun Blue terletak pada kemampuannya untuk membersihkan dan mengangkat sisa minyak dan sel kulit mati pada kulit kepala. Dengan penggunaan syampu anti-kelemumur Selsun Blue yang betul, wanita berhijab dapat merasakan perbezaan yang nyata pada kulit kepala kerana tidak lagi menjadi merah-merah dan terasa gatal sehingga menyebabkan bau hapak dan tidak selesa.
Selsun Blue Extra Strength Shampoo
Misalnya produk terbaik seperti Selsun Blue Extra Strength Shampoo ini merupakan salah satu syampu yang dirumus khas untuk kawalan kelemumur dan masalah kulit kepala. Ia juga mengandungi bahan Menthol untuk melegakan kegatalan kulit kepala. Ianya telah terbukti berkesan unuk mengawal maslah kelemumur dan gatal kulit kepala.
Kandungan lain dalam produk ini termasuk ammonium lauryl sulfate, TEA-lauryl sulfate,dan ammonium laureth sulfate yang bertindak sebagai agen pembersih yang berkesan. Cocamidopropyl betaine membantu menjaga keseimbangan kelembapan rambut semasa membersihkan.
Pentingnya bahan Selenium Sulfide dan Menthol di dalam Selsun tidak dapat dinafikan. Selenium Sulfide membantu membunuh kulat penyebab kelemumur manakala Menthol memberikan rasa sejuk dan kesegaran yang menyenangkan kepada kulit kepala, membantu melegakan kegatalan dan memberikan sensasi penyamanan.
Cara mudah penggunaan produk ini adalah dengan basahkan rambut serta kulit kepala anda dengan air. Sapukan jumlah Selsun Blue Extra Strength Shampoo yang mencukupi pada kulit kepala anda. Urut syampu ke dalam kulit kepala anda sehingga menjadi buih. Kemudian biarkan syampu selama beberapa minit untuk membolehkan bahan aktif berfungsi. Akhir sekali bilas teliti dengan air serta pastikan semua syampu dibasuh sehingga bersih.
Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo
Set syampu anti-kelemumur yang lengkap seharusnya hadir dengan produk Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo. Hal yang demikian kerana produk ini mengandungi ekstrak lidah buaya yang membantu menjaga kelembapan rambut di samping mengandungi bahan aktif Selenium Sulfide yang membantu melawan kelemumur. Ini sangat bermanfaat bagi mereka yang sering terkena paparan panas dari alat penata rambut atau proses pewarnaan rambut.
Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo memberikan perlindungan tambahan dan perawatan bagi rambut yang sering mengalami kerosakkan akibat bahan kimia atau panas.
Kelebihan lain dari syampu ini adalah aromanya yang menyegarkan. Setelah mencuci rambut dengan Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo,rambut akan terasa lebih segar dengan aroma yang tahan lama. Pengguna akan merasa segar sepanjang hari, menjadikan pengalaman mandi menjadi lebih menyenangkan.
Selsun Blue 2-in-1
Jika mahu mendapat manfaat 2 dalam 1, satu botol Selsun Blue 2-in-1 berfungsi sebagai syampu dan perapi anti kelemumur pada masa yang sama. Produk ini menawarkan solusi sempurna untuk membersihkan dan merapikan rambut sambil mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala gatal dengan kekuatan maksimum.
Di samping bahan aktif Selenium Sulfide 1%, ia juga mengandungi Asid Hyaluronik dan Vitamin B5 yang menawarkan pelbagai kelebihan yang luar biasa untuk merawat rambut secara mendalam. Ini kerana Asid Hyaluronik, yang dikenali dengan keupayaannya mengekalkan kelembapan kulit, turut memberi manfaat besar kepada rambut.
Malah, Vitamin B5 pula memiliki kebolehan untuk menembusi setiap helai rambut dan memberi kelembapan dalam lapisan dalaman. Ini membantu mengurangkan kerosakan rambut, merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, dan memberikan tekstur yang lebih licin. Vitamin B5 juga membantu melindungi rambut daripada kerosakan akibat pendedahan kepada persekitaran yang kotor.
Jadi, dengan menggabungkan syampu dan perapi dalam satu produk, anda telah meminimumkan beberapa langkah perawatan rambut. Proses mencuci dan merapikan rambut dapat dilakukan secara cepat dan efisien.
Satu hal yang penting ditekankan adalah rekomendasi dari ahli farmasi. Kepercayaan dari para ahli farmasi menegaskan kualiti dan signifikan sesebuah produk dalam mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala gatal.
Selain memberikan solusi untuk masalah kulit kepala berkelemumur, Selsun Blue juga membantu meningkatkan kepercayaan diri wanita berhijab. Meskipun rambut tertutup, kebersihan dan kesihatan kulit kepala tetap penting untuk dirawat.
Dengan menggunakan Selsun Blue, wanita berhijab dapat merasa yakin bahwa masalah kulit kepala berkelemumur tidak akan mengganggu penampilan mereka. Mereka dapat tampil dengan percaya diri, tanpa gusar akan kondisi rambut meskipun tidak terlihat oleh orang luar, kerana apa yang lebih penting adalah keselesaan diri sendiri yang perlu ditanggung serta dititikberatkan.
Semoga hijab tetap menjadi perhiasan yang memancarkan pesona keimanan dan ketakwaan, serta mengingatkan Muslimah sejati untuk selalu tampil indah merawat kebersihan kulit kepala dengan rangkaian produk dari Selsun Blue, yakni penyelesaian kelemumur anda yang dipercayai. Tukar kepada Selsun Blue Sekarang! Untuk informasi lebih lanjut, lawat website rasmi Selsun Blue untuk promosi terkini.