Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tips Cantik Taylor Swift Yang Ramai Tak Tahu, Senang Nak Ikut & Sangat Bagus Luar Dalam..

by Indah Aziz
September 7, 2023
Foto - Vogue France

Foto - Vogue France

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebut sahaja tentang Taylor Swift pasti semua tahu yang penyanyi serba boleh ini sedang sibuk untuk konsert jelajahnya. Apatah lagi ramai yang tidak sabar untuk Taylor sampai di rantau Asia, terutamanya konsert The Eras Tour bakal diadakan di negara jiran, Singapura. Seiring dengan itu, gaya fesyen dan mekap Taylor Swift sering menjadi perhatian ketika persembahan.

Namun, jangan lupa Taylor juga kelihatan sentiasa cergas dan aktif. Apatah lagi, kulitnya tetap berseri-seri biarpun disimbah terik matahari dan ditimpa hujan semasa bekerja. Membuatkan ramai bertanya, apa sebenarnya tips kecantikan yang diamalkan olehnya. Rasanya memang jarang Taylor bercerita tentang petua cantik dan sihat.

Jadi kali ini DIVA dapatkannya, mari sama-sama kita cuba amalkan;

#1 Sebelum tidur, wajib sapu pelembab

Cara Taylor Swift merehatkan kulitnya ialah dengan menjaha hidrasi kulit pada waktu malam. Katanya dia wajib menyapu pelembab Kate Somerville untuk wajah dan The Body Shop Coconut Body Butter untuk seluruh tubuh. Tips ini untuk kulit sihat, jauh dari masalah sensitif dan kekeringan.

Foto – Instagram Taylor Swift

#2 Keluar rumah, jangan lupa sunscreen

Ini pun memang wajib bagi semua untuk pakai dan ya pakai setiap hari! Kulit akan berterima kasih kepada kamu kerana mengelakkan ia dari risiko keradangan, menggelupas akibat panas dan kanser kulit.

Foto – Allure

#3 Kerap minum air kosong

Jadual kerja Taylor Swift sememangnya sibuk, namun dia tidak pernah lupa untuk minum air kosong secara berkala. Cara ini dapat menyingkirkan toksik, melancarkan penghadaman dan sudah tentu memberi hasil kulit berseri-seri. Malah, TS juga dikatakan kurangkan pengambilan bagi mengelak masalah keradangan dalaman.

Foto – Delish

#4 Suka tema mekap ‘less is more’

Ya, rahsia kulit Taylor Swift kekal awet remaja ialah dia lebih gemar memakai mekap yang nipis. Bila waktu sendirian atau bekerja di studio TS hanya bare face. Kalau mekap sekalipun, Taylor hanya menyapu lipsyik merah ikoniknya dan wing eyeliner. Settle!

Foto – POPSUGAR UK

#5 Bersenam untuk kecantikan dalaman

Sudah tentu, senaman antara satu cara Taylor mengekalkan kecergasannya untuk melakukan persembahan berbulan dan berjam lamanya. Bersenam mampu meningkatkan pelancaran darah, produksi kolagen dan sel kulit. Malah, bersenam juga boleh melegakan stress dan menggalakan endorphin.

BACA:  Dr. Taylor Swift Kongsi Cara Untuk Belajar Cintai Diri Sendiri
Foto – CNN

Tak rumit mana pun tips cantik Taylor Swift, mungkin ramai menyangka penyanyi genius ini makan produk atau amalan yang keras. Rupanya sangat mudah dan dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.

Jom tiru Taylor Swift!

FILED UNDER skincare taylor swifttaylor swifttips cantik taylor swift
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.