Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

7 Beg Tangan Terbaik Prada, Kamu Sentiasa Nampak Classy Dengan…

by Indah Aziz
September 6, 2023
Foto - PurseBlog

Foto - PurseBlog

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak perlu DIVA perkenal lagi jenama Prada, ia sentiasa menjadi wadah pembuka bicara dalam mana-mana fesyen mewah antarabangsa. Terutamanya barisan koleksi beg tangan yang sentiasa menjadi pilihan peminat fesyen mewah hasil air tangan Itali.

Prada antara menjadi medan pop-culture dalam dunia pakaian. Jenama loga segi tiga ini kerap memberi rekaan beg tangan evergreen, everlasting dan multi-function. Ternyata beg tangan Prada tanpa jemu membuat industri fesyen lebih berwarna-warni.

Lebih dari sepuluh rekaan beg tangan Prada, namun ini yang paling popular dan mempunyai nilai lebih tinggi berbanding yang lain. Senang kata DIVA, kalau kamu ada salah satu beg dibawah. Kamu antara yang telah di-Prada!

  • Prada Galleria

Galleria muncul sekitar tahun 2007 sebagai beg tote yang boleh dipelbagai guna. Bentuk segi empat klasik Galleria telah dipadankan dengan kualiti tekstur kulit Saffiano. Kini Prada perkenal kembali Galleria versi 2023 dengan pelbagai warna garang dan ceria.

Foto – PRADA

 

  • Prada Cleo

Kalau tak silap DIVA, penyanyi popular Aina Abdul memiliki beg Cleo ini. Yes, beg Prada Cleo cukup sinonim dengan unsur chic dan kasual. Apatah lagi kombinasi kulit dan glossy yang membawa rasa jiwa muda. Prada Cleo antara beg tangan pertama kamu patut dapatkan!

Foto – PRADA
  • Prada Re-Nylon Backpack

DIVA masih ingat lagi, backpack ini menjadi kegilaan ramai sekitar 1999! Siapa sangka jenama mewah, berkelas tinggi mengeluar beg galas sebegini. Malah kualiti nilon pada beg galas Prada terbukti boleh tahan lasak dan kalis air. Sekarang kamu boleh cari Prada Re-Nylon dalam lebih banyak pilihan warna selain hitam.

Foto – PRADA
  • Prada Nappa Antique Tote

Lagi rekaan beg tote dari Prada dengan keunikan fabrik crumple. Istimewa beg tote Nappa Antique lebih memanjang dari beg tote yang lebar. Katanya ini memang beg kegemaran bila tiba musim panas atau ketika bercuti.

BACA:  Dari Lipstik Hingga Foundation, Kini Prada Beauty Dah Ada Koleksi Mekap!
Foto – PRADA
  • Prada Re-Edition 1995

Muncul sekitar tahun 1995, Prada membawa semula edisi terbaharu Re-Edition 1995 yang lebih minimalis. Ternyata ada sedikit sentuhan Galleria tapi lebih kecil, kompak dan bersahaja. DIVA dapat bayangkan ramai menjinjit beg ini ke pejabat.

Foto – Editorlist
  • Prada Re-Edition 2005

Menarik koleksi ini ialah gabungan dari beg Re-Edition 2000 dan Re-Edition 2005. Ia menggunakan bahan selamat Econyl iaitu dari plastik, jala ikan dan bahan buangan mentah. Prada Re-Edition ini ditambah dengan beg pouch dan keychain istimewa.

Foto – PRADA
  • Prada Moon

Siapa yang suka dengan beg tangan mini, comel dan sekadar sebagai aksesori menjamu mata. Pilih Prada Moon yang amat jarang sekali menjadi tatapan orang. Serius bila lihat Prada Moon terus terasa vibe Y2K, big belt dan edgy!

Foto – PRADA

Banyak kan beg tangan Prada yang kita masih tak teroka. Kamu nak Diva share beg apa lagi selepas ini?

FILED UNDER beg prada terbaikbeg tangan pradakoleksi pradaPRADA Malaysia
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.