Keliru ya, bila lihat keliling hidung atau dagu. Ada bintik-bintik hitam halus yang menyerupai bintik hitam, tapi bukan bintik hitam! Itu adalah sebaceaous filaments yakni kotoran yang terperangkap didalam pori-pori. Ia biasanya lebih halus dan kadangkala menyerupai gentian (bulu) halus didalam kulit.
Sebaceaous filaments terjadi akibat kumpulan kotoran, bakteria dan sel kulit mati. Mungkin ramai yang cuba untuk memicit keluar sebaceaous filaments. Namun, ia boleh menyebabkan trauma pada kulit dan akhirnya kulit lebih berisiko tumbuh luka atau jerawat.

Cara terbaik untuk membersihkan pori-pori dari sebaceaous filaments ialah dengan proses exfoliate seperti dengan produk skrub wajah atau bahan salicylic acid. Ia mampu membersih jauh ke dalam pori-pori dengan efektif.
Bahaya ke sebaceaous filaments?
Namun anda jangan risau, wujud sebaceous filaments ialah untuk menghidrat kulit dari kekeringan. Pun begitu ia boleh keluar secara berlebihan dan menyebabkan ia kelihatan dari biasa. Ini adalah sesuatu yang normal untuk kulit dan salah satu petanda kulit anda sihat!
Dengan rutin membersih pori-pori, anda juga dapat mengurangkan saiz sebaceous filaments. Malah, cara ini juga mengembalikan keadaan sel kulit yang lebih sihat dan baharu.
Produk pilihan untuk kecilkan sebaceaous filaments
Sudah tentu dari produk yang mengandungi salicylic acid seperti;
- The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution 30ml [RM40]

- Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Balancing Gel-Cream Moisturizer 50ml [RM24.60]

- COSRX Acid Daily Gentle Cleanser 150ml [RM49]

SKINTIFIC 2% Salicylic Acid Anti Acne Serm 20ml [RM56]

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan dengan rakan anda!