Aigo! Kini muncul pula venture baru dalam dunia K-pop apabila Blackswan menamakan mereka sebagai kumpulan K-pop tanpa satu pun ahli asal Korea Selatan. Jika biasa ahli K-pop hanya punya seorang atau dua warga asing seperti Lisa (Thailand) dalam Blackpink. Namun Blackswan mahu cipta kelainan.
Lebih mengejutkan empat ahli dalam Blackswan, hanya Sriya sahaja dari Asia itu negara India. Manakala yang lain Fatou membesar di Senegal dan Belgium, Gabi darah campuran Brazil-Jerman dan NVee pula dari Amerika Syarikat.

Reaksi peminat K-pop agak bercampur-baur. Ada yang beri tanda positif dan tidak terkecuali yang merasakan ini sesuatu bersifat kapitalis. Yakni hanya untuk memberi keuntungan kepada agensi dengan alasan globalisasi. Timbul juga pertanyaan kritis dari peminat, apakah definisi kumpulan K-pop?
“Mereka bekerjasama dengan syarikat hiburan Korea, memulakan kerjaya di Korea Selatan dan menyanyi dalam bahasa Korea. Jadi itu sudah cukup untuk menyatakan mereka ahli kumpulan K-pop.”

Betul, sekadar untuk persembahan itu sudah cukup?
Bagaimana dengan interaksi bersama peminat terutamnya komunikasi dalam bahasa rasmi Korea Selatan. Apatah lagi Bahasa Korea mempunyai bentuk pertuturan yang berbeza iaitu bergantung pada umur pendengar, status sosial, keintiman dan kehormatan dalam kunci kepada bahasa tersebut.
Ahli Blackswan menghadapi masalah dengan keunikan bahasa tersebut. Tambah pula dengan budaya kerja Korea yang tidak selari dengan asal identiti mereka. Disiplin ketat yang dilalui oleh pelatih kumpulan K-pop dilakukan atas menjaga syarat moral tinggi.

Rupanya Fatou Blackswan telah menjalani terapi dan pengambilan ubat sejak Februari lalu. Gara-gara masalah depresi yang dihadapi sejak kecil dan ditambah dengan budaya kerja sebagai ahli K-pop. Pun begitu, dia tetap merasa joy dalam mencapai cita-citanya sebagai penghibur.
Kamu pasti, kamu gembira kalau dah jumpa ahli terapi akibat tertekan dengan kerja?
Sejak dikenali awal tahun ini, Blackswan tegas dengan pendirian budaya K-pop boleh menjadi lebih global. Sriya dengan mudah memberi kenyataan;
“Everybody can do it… because skin colours don’t define anything.”
Sis, ini bukan soal warna kulit. Opps…ini soal budaya.

Persoalan yang timbul dari sudut peribadi DIVA ialah dimana originaliti K-pop itu? Kepelbagaian boleh diraikan tapi satu tahap ada batasannya.
Nah sekarang DIVA nak tahu apa pendapat pembaca tentang isu Blackswan ini?