Kelirunya, ada cakap kena pakai sunscreen dulu baru boleh sapu pelembab. Mana satu yang betul ini. Takut nanti salah pakai dah rasa membazir dan kulit pun tak dapat apa-apa manfaat.
Sebenarnya masih ramai lagi yang khuatir step mana yang paling tepat. Sunscreen seperti yang kita tahu, sangat baik untuk melindungi kulit dari sinaran merbahaya matahari. Malah, ia juga beri banyak kelebihan anti-penuaan pada kulit. Jadi rahsia untuk kulit tampak awet muda dengan mengamalkan pemakain sunscreen setiap hari.
Namun timbul masalah bila ada yang tak tahu cara tepat langkah memakai sunscreen.

Pakai sunscreen kimia atau fizikal?
Kenali dahulu jenis sunscreen yang anda guna, samada ia sunscreen jenis kimia atau fizikal. Sunscreen jenis kimia menyerap kedalam kulit dan bertindak menukar UV matahari kepada heat. Sunscreen kimia juga lebih sesuai untuk semua jenis kulit dan dipakai setiap hari.
Manakala sunscreen jenis fizikal melindungi kulit dengan memantulkan sinaran UV. Ia juga kadangkala lebih dikenali sebagai sunblock berbanding sunscreen. Sunblock tidak sesuai dipakai setiap hari kerana ia mengandungi titanium oksida yang boleh memberi ketidakselesaan pada kulit. Selain itu, sunblock juga boleh meninggalkan kesan whitecast.

Jadi pakai sunscreen akhir sekali?
Jawapannya bergantung pada jenis sunscreen anda. Jika anda memakai sunscreen jenis kimia, biasanya ia dipakai sebelum pelembab. Ini kerana sunscreen kimia bertindak menyerap ke dalam kulit. Manakala sunblock (suncreen fizikal) disapu pada akhir sekali kerana ia bersifat memantulkan sinaran UV.
Pada pendapat DIVA sendiri sebagai pengguna sunscreen tegar, anda boleh menyapu sunscreen kimia atau sunblock selepas pelembab. Syaratnya, anda wajib tunggu pelembab diserap baik kedalam kulit. Ini supaya tidak berlaku campur-aduk produk membuatkan kulit rasa beban dan sensitif.
Lakukan langkah skincare anda seperti biasa, ingat akhir sekali baru sunscreen.

Harap penjelasan ringkas ini dapat membantu pembaca DIVA yang setia!