Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

10 Selebriti & Influencer Yang Paling Stail Di KLFW 2023 Pilihan DIVA!

by Soph.Azz
August 25, 2023
Foto - Instagram

Foto - Instagram

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

 

Berlangsung selama tujuh hari (21-27 Ogos 2023), KLFW 2023 telah diadakan di beberapa lokasi yang berbeza dan bukan seperti sebelum ini iaitu di Pavilion Kuala Lumpur.

Kembalinya pesta fesyen tahunan kali ini membuatkan DIVA teruja melihat penampilan para selebriti dan influencer yang hadir meraikan serta memberi sokongan pada pereka fesyen kegemaran masing-masing.

Kalau kamu nak tahu, mereka yang hadir ke KLFW 2023 ini telah tampil menggayakan busana yang serba mewah dan unik dengan solekan yang on point.

Di bawah, DIVA senaraikan 10 selebriti dan influencer yang paling bergaya serta menarik perhatian sepanjang KLFW 2023 berlangsung;

#1 Fazura 

Foto – @missfazura (IG)

Hadir memberikan sokongan pada pereka Zaim Zulkafli, Fazura telah menyarungkan busana berona biru dengan perincian pointed shoulder dan cetakan bunga di bahagian skirt. Busana tersebut merupakan salah satu koleksi “Perjalanan” untuk musim bunga/panas 2023 pereka tersebut.

#2 Azfar Heri 

Foto – @azfarheri (IG)

Muncul dengan busana serba hitam, influencer Azfar Heri tampil membawa keris untuk show Zachrin Jaafars yang dipadankan dengan baju hitam yang diperincikan dengan bunga jacquard 3D. Manakala untuk show Masyadi Mansoor, Azfar menyarungkan cropped puff jacket yang dipadankan dengan tali leher Prada. Dan untuk show Behati pula, Azfar mengenakan busana oversized yang dipadukan bersama tengkolok silver.

#3 Aina Abdul 

Foto – @ainaabdul (IG)

Tampil unik dan extravaganza untuk show Abu Shaef Hamza, Aina mengenakan busana hitam yang diperincikan dengan bulu pelepah di bahagian atas badannya dan sekitar leher. Busananya itu telah direka oleh Salleh Hamid.

#4 Daiyan Trisha 

Foto – @firstclassemalaysia / @daiyantrisha (IG)

Simple tetapi masih on point, penyanyi Daiyan Trisha pula mengenakan sleeveless cropped top berlabuci yang dipadankan bersama pleated berona lilac yang dilapisi di atas skirIt kuning yang dicetak bunga dan labuci.

BACA:  KLFW 2022 Kembali Dalam Skala Lebih Besar, Rai Ulang Tahun Ke-10

#5 Wany Hasrita 

Foto – @wanyhasrita (IG)

Untuk show Rizman Ruzaini, Wany Hasrita memilih sut monogram Rizman Ruzaini yang berona maroon. Manakala untuk show Behati pula, Wany menggayakan dress pleated yang diperincikan dengan sequin dalam rona silver.

#6 Nazreem Musa 

Foto – @nazreemmusa (IG)

Tampil bergaya untuk show Masyadi Mansoor, abang kepada Umi Nazeera ini memilih untuk menggayakan puff oversized jacket cetakan ular. Look Nazreem dilengkapkan dengan drippy sunglasses dan gaya rambut French Braided Pigtails. 

#7 Marion Caunter

Foto – @marioncaunter (IG)

Menyerlah dalam busana Rizman Ruzaini, Marion mengenakan dress hitam milik pereka fesyen duo tersebut. Menariknya, dress tersebut diperincikan dengan rhinestone mesh head wrap.

#8 Dato Seri Vida 

Foto – @azfarheri / @datoserivida (IG)

Kalau lihat gaya Dato Seri Vida, teringat look Aina Abdul untuk Behati di KLFW 2022 kan?

#9 Rozita Che Wan 

Foto – @rozitachewan1 (IG)

Tak mahu kalah, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini sentiasa tampil menggayakan busana yang ‘over’ dan lain daripada yang lain. Untuk show Abu Shaef Hazma, Che Ta memilih busana bulu pelepah dan untuk show Rizman Ruzaini pula adalah fur coat berona pink.

#10 Nurida Suraya & Rizman 

Foto – @firstclassemalaysia / @nuridasuraya (IG)

Yang terakhir adalah pasangan Rizman-Nurida Suraya. Bagi DIVA, look yang dikenakan oleh Nurida sangat menarik. Lihat saja perincian di bahagian lengan dan mesh head wrap, gabungan yang menyerikan lagi penampilannya!

Kongsikan dengan DIVA, look mana yang menarik perhatian kamu?

FILED UNDER aina abdulfesyen selebriti klfwklfwklfw 2023kuala lumpur fashion weekkuala lumpur fashion week 2023
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.