Berita gembira untuk peminat mekap sekalian!
Setelah hampir empat tahun hilang dari radar dunia kecantikan, peminat dikejutkan dengan perkhabaran baru tentang Marc Jacobs Beauty. Ia bakal menemui semula di butik kecantikan sekitar hujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.
Jenama milik pereka fesyen ini bergandingan Coty Inc, iaitu syarikat yang mengusahakan pelbagai jenama kecantikan dunia. Menariknya, Coty sebelum ini bersama-sama dalam menjayakan populariti Marc Jacobs Fragrance. Jadi dengan kejayaan itu, Coty berhasrat untuk memacukan semula koleksi Marc Jacobs Beauty pula.

Pada mulanya, ramai yang beranggap ini hanya khabar angin. Namun, setelah melihat sendiri paparan bio Instagram rasmi Marc Jacobs Beauty “stay tuned”. Bertambah galak semua untuk menanti bingkisan terbaharu dari jenama terulung ini.

Sungguh ramai yang tertanya-tanya, adakah pembaharuan kali ini masih mengekalkan produk-produk best-selling Marc Jacobs Beauty. Atau mungkin berlaku penukaran formula, konsep dan produk. Siapa tahu kan? Pun begitu, DIVA berharap best products dibawah masih kekal di rak Marc Jacobs Beauty akan datang.
Antara produk Marc Jacobs Beauty disayangi ramai;
- Marc Jacobs Beauty Velvet Noir Major Volume Mascara

- Marc Jacobs Beauty O!mega Bronzer

- Marc Jacobs Beauty Highliner Gel Eye Crayon

- Marc Jacobs Beauty Re(marc)able Foundation

Selain berita untuk dunia solekan, jenama fesyen Marc Jacobs turut launch koleksi MARC JACOBS FALL 2023. Oh ya, berita yang paling kurang sedap untuk koleksi ini ialah Kim Kardashian dipilih sebagai muse. Not again!
Bukan DIVA sahaja, bila lihat ruangan komen ramai yang kecewa dengan pemilihan kali ini. Rata-ratanya cukup muka dengan Kim K sebagai figura fesyen.
Apa pun, DIVA pasti dengan berita penghidupan semula Marc Jacobs Beauty membawa rasa teruja kembali pada industri kecantikan yang kian lesu. Just wait and see!