Dah ramai mula runsing bila pentas fesyen peragaan kembali dengan aksesori tali pinggang. Eh, kenapa pula runsing? Tali pinggang sahaja pun.
Masalahnya, ia dipakai bukan sebagai untuk mengemaskan seluar, tapi sekadar sebagai aksesori tanpa sebab. Kadang saiz tali pinggang besar, tebal, nipis atau sekadar juraian rantau halus. Macam tak make sense langsung!
Gaya begini sebenarnya jadi ikutan fesyen Y2K. Ia antara gaya yang paling ramai tidak ingin ia kembali lagi.
Malah ramai anggap lilitan tali pinggang begini hanya untuk mereka yang langsing dan ramping. Jadi ia tidak sesuai untuk semua orang, takut nanti ada yang boleh jadi mangsa fesyen. Lihat sahaja gaya inspo dibawah, semuanya mereka yang memiliki perut kempis;
- Gaya Sydney Sweeney dengan dua tali pinggang bersama dress labuh.Β
- Tinggi lampai, langsing bak Daiyan Trisha pasti no problem untuk tali pinggang lebar dan besar.
- Kalau berbadan genit seperti Amelia Henderson cukup elok dengan juraian tali halus begini.Β
DIVA masij ingat lagi sekitar tahun 2000, banyak sekali gaya selebriti dengan tali pinggang gancu besar dari pilihan Fendi. Cukup popular sekitar itu dan ia banyak membantu dalam mengimbangkan body propotion.

Agak-agak anda suka tak stail tali pinggang ini?