Dah lama rasanya DIVA tidak berkongsi teknik solekan yang terkini! Nah, baru-baru sedang hangat dikatakan terdapat cara terbaru melayang highlighter pada tulang pipi. Menariknya lagi, ia teknik genius dari jurusolek professional Lisa Eldridge.
Menurut jurusolek artis ini, ia antara teknik kegemarannya untuk mengekalkan wajah pelanggan berseri-seri. Terutamanya ketika photoshot, acara karpet merah atau konsert. Kilauan highlighter bukan sahaja tahan lama, bahkan terletak elok simetri pada wajah.
@lisaeldridgemakeup My Butterfly Technique 🦋 #highlighter #lisaeldridge #makeuphack #makeup #makeupartist
Caranya amat mudah sahaja, pastikan anda menggunakan highlighter jenis cecair atau dipanggil liquid highligher. Supaya sapuan pada bahagian tangan kemas dan mudah transfer pada wajah.
“What’s really great is that this part of your hand is the perfect shape to fit into [the cheekbone] area,” – Lisa Eldridge
Kenapa dipanggil butterfly highlighter?
Menurut Lisa lagi, efek melengkung pada bahagian tepi telapak tangan memberi bentuk seperti sayap rama—rama. Bentuk ini merapikan pada keseluruhan tulang pipi dan tepi kening. Tidak sampai lima saat, bahagian tulang pipi kembali bersinar-sinar dan menyerikan seluruh solekan anda.

Lisa Eldridge merupakan jurusolek rasmi penyanyi pop Dua Lipa. Jadi DIVA percaya keserian wajah Dua Lipa sudah tentu dibantu dengan teknik butterfly highlighter ini.
Jadi mari semua kita cuba, barulah solekan lebih kemas dan terlihat seperti dari air tangan pro! Selamat mencuba <3