Hangat udara bercinta kembali lagi dengan penghayatan reka fesyen oleh SANDRO! Kini menghimpunkan helaian koleksi yang meraikan Hari Kekasih masyarakat Cina iaitu Festival Qixi. Sudah tentu detailing dari sembilan pakaian ini mengagumi rasa manis, segar dan hangat seperti saat-saat bercinta.
Menariknya tentang kapsul SANDRO FW23 Qixi, ia lengkap dengan pakaian untuk kaum wanita dan lelaki. Secara tidak langsung kamu boleh matching dengan pasangan ketika keluar dating!
Ini cara DIVA gayakan fesyen kamu dan boyfriend bersama SANDRO;
Temu janji di muzium
Kelihatan kamu ialah pasangan yang segar-bugar diantara yang lain! Pilihan warna terang dan lembut begini sudah tentu mempamerkan keselesaan pada si pemakai. Dress kuning knitted sesuai digayakan tidak kira acara malam atau siang. Manakala corak tapak sulaiman pada baju teman lelaki kelihatan bersahaja dan mesra.

Starfish printed shirt pink [RM1250]
Crochet dress [RM15690]
Cafe hunting
Gabungan simbiosis yang tidak ketara namun masih mengekalkan couple theme! Juraian skirt bertatahkan batu beri efek galak dan glamour pada kamu.Biarpun dipadankan top yang biasa-biasa kamu takkan kalah. Manakal si teman pula, sekadar t-shirt biru pucat yang kemas tetapi lebih sweet dari biasa.

Fish T-shirt [RM850]
Rhinestone midi skirt [RM1750]
Parti kasual bersama rakan
Mungkin warna dan corak tidak serasi. Namun kamu dan pasangan tetap berkonsepkan kasual rileks. Pairing denim pada boyfriend pamerkan sisi maskulin yang tersimpan. Malah kamu pula menguasai sifat feminin dengan kemeja bercorak dan fabrik satin kilat.

Denim shirt [RM1590]
Denim shorts [RM1190]
Printed shirt [RM1250]
Menonton teater dan okestra
Couple of the year! Boleh dibilang begitu tatkala mata-mata orang melihat kamu dan pasangan. Cantuman warna biru pucat kemeja si Adam dan kilatan biru-hijau dress satin si Hawa meminbulkan aura timeless.

Starfish printed shirt mint blue [RM1250]
Printed satin midi dress [RM1590]
Tak sabar nak check out semua gaya diatas? Kamu boleh nantikan lancaran rasmi di https://www.sandro-paris.com.my/ <3 Selamat bercinta! #sandroparis