Bila tiba Bulan Kemerdekaan, ramai yang tak sabar menunggu berita promosi mengenai jenama kegemaran masing-masing. Daripada fesyen, wangian hingga ke makanan, khasnya untuk Bulan Merdeka ini ada banyak promosi yang menarik menanti kamu!
Berikut DIVA kongsikan beberapa promosi yang berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan (Pstt… Ada juga yang berlangsung hingga ke Oktober) yang tak patut kamu lepaskan peluang.
Bermula daripada…
1. LILIT. X Bingka KL
Berkolaborasi dengan Bingka KL, jenama fesyen LILIT. memperkenalkan Comeback Set yang dihadirkan dalam tiga pilihan warna- Navy Blue, Nude dan Olive Green. Selain daripada set ini, LILIT. turut memperkenalkan beg tote Bingka yang serba boleh dalam rona nude.
- Foto – LILIT. X Bingka KL
Berharga antara RM129 hingga RM169, Comeback Set boleh didapati dalam pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga ke 5XL (UK22).
Bagi meraikan pelancaran Comeback Set ini, LILIT. menawarkan peluang untuk pelanggannya bermula dari 11-31 Ogos 2023 iaitu:
- Foto – LILIT. X Bingka KL
- Pelanggan yang membuat pembelian minimum RM250 (termasuk koleksi Activewear) di kedai LILIT. akan berpeluang memutar roda dan menangi hadiah bernilai hingga RM300.
- Pelanggan turut berpeluang untuk menerima ganjaran 5000 mata serta hadiah daripada rakan kongsi Atome.
Dapatkan Comeback Set ini di kedai fizikal atau web LILIT. segera!
2. Tony Roma’s ‘Plate Trio-Tic’
Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-66, Tony Roma’s memperkenalkan menu baharunya ‘Plate Trio-Tic’ yang boleh didapati bermula 1 Ogos-1 Oktober 2023. Menu ‘Plate Trio-Tic’ ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters yang terdiri daripada:
Trio Feast Platter A [RM163.90++]
- Foto – Tony Roma’s
- Daging lembu atau rusuk kambing Australia
- Salom di atas topping berkrim
- Ayam salsa
- Menara minuman Coca-Cola
Trio Feast Platter B [RM189.90++]
- Foto – Tony Roma’s
- Daging lembu atau rusuk kambing Australia
- Ribeye demi-glace Australia
- Ayam salsa
- Menara minuman Coca-Cola
Psst… Kamu juga boleh memesan hidangan untuk seorang seperti 1/2 Ayam BBQ [RM48.80++], Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia [RM99.90++], Ribeye Demi-Glace [RM105.90++] atau Salmon Salsa Nanas [RM66.60++] yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan sup.
- Foto – Tony Roma’s
Bagi 30 ahli Bite & Bites terawal, Tony Roma’s menawarkan hidangan percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangannya.
3. Wangian Sempena Men’s Grooming Day
Jatuh pada hari Jumaat ketiga dalam bulan Ogos setiap tahun, Men’s Grooming Day adalah hari di mana para jejaka memberikan perhatian lebih pada dandanan mereka. Selain daripada skin care dan hair care, berikut DIVA kongsikan wangian yang boleh menyerlahkan lagi keyakinan dan karisma seorang lelaki budiman.
-
CAROLINA HERRERA Bad Boy Extreme EDP
- Foto – Carolina Herrera
Dibungkus dalam botol berbentuk panahan petir, wangian Carolina Herrera ini digabungkan dengan halia pedas dan bergamot yang berikan rasa kesegaram serta mewah. Manakala bauan powdery aroma seperti nota bawah warm vertiver, woody patchoulli dan cocoa pula menampilkan sisi lembut dan memberontak dalam satu masa.
Harga: RM319/50ml , RM435/100ml
-
JEAN PAUL GAULTIER Le Male Elixir Parfum
- Foto – Jean Paul Gaultier
Ditempatkan dalam arca badan Gaultier, wangian ini memancarkan bauan pudina dan lavendar lazat, vanila manis, benzoin dan kacang tonka yang beraromatik kayu. Dalam satu semburan, wangian ini mampu membangkitkan keinginan dan sisi karisma si pemakai.
Harga: RM390/75ml, RM509/125ml
-
RABANNE 1 Million Royal EDP
- Foto – Rabanne
Wangian 1 Million Royal EDP yang direka semula ini dibungkus dalam bentuk botol jongkong emas yang dihiasi dengan aksen merah anggun. Menampilkan bauan cedarwood, lavender yang bertenaga dan sentuhan benzoin yang berahi, wangian ini memberikan aroma yang menyegarkan, maskulin dan berkarisma.
Harga: RM374/50ml, RM482/100ml
4. LE LABO City Exclusive Collection
Untuk pengetahuan kamu, wangian Le Labo biasanya hanya boleh didapati di makmal di negara asalnya, New York. Tetapi bila terciptanya koleksi City Exclusive, rangkaian ini memberi peluang kepada pelanggannya untuk dapatkan wangian terbaik mereka secara dalam talian dan peruncit terpilih. Jadi bermula pada:
- Foto – Le Labo
- 1 Ogos-30 September 2023: Sampel dan set City Exclusive Disovery yang terdiri daripada 16 bauan boleh didapati di web Le Labo Fragrance dan makmal.
- Foto – Le Labo
- 1-30 September 2023: 16 bauan daripada koleksi City Exclusive (bersaiz penuh) boleh didapati di web Le Labo Fragrance, makmal dan peruncit terpilih.
- Sepanjang tahun: Bauan City Exclusive hanya boleh didapati di makmal Le Labo Fragrance sahaja. Botol City Exclusive (50ml, 100ml dan 500ml) boleh diisi semula di makmal terpilih seluruh dunia dengan diskaun 20% daripada harga asal.
Layari lelabofragrance.comuntuk senarai lokasi.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati promosi di atas sebelum tamat tempohnya. Selamat membeli-belah!