Psst… Secara rasminya bulan Ogos telah tiba dan tiada cara yang lebih baik untuk kita meraikan Bulan Kemerdekaan yang ke-66 ini; melainkan manjakan diri dengan beberapa produk kecantikan yang baru serta terbaik.
Sama ada kamu berada dalam mood untuk mengubah rutin skincare atau hair care yang sedia ada, atau mencuba barangan mekap terkini; DIVA ada beberapa pilihan produk kecantikan yang menarik untuk kamu.
Scroll sampai habis untuk lihat apa produk kecantikan pilihan DIVA untuk Bulan Kemerdekaan tahun ini!
MEKAP
Inilah masanya untuk kamu mencuba barangan mekap yang terbaru atau tambah koleksi sedia ada. Antara jenama pilihan DIVA adalah:
-
HOURGLASS Veil Hydrating Skin Tint
- Foto – Hourglass
Tersedia dalam 18 shades, skin tint ini menggunakan formula ringan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Dirumus dengan 94% bahan semula jadi termasuk hyaluronic acid, rambutan, squalene hingga meadowfoam seed oil, skin tint ini mampu memberikan penghidratan secara mendalam serta glowing sepanjang hari.
-
RARE BEAUTY Koleksi Musim Luruh 2023
Kegemaran Selena Gomez, untuk koleksi Musim Luruh 2023 ini Rare Beauty memperkenalkan All Of The Above Weightless Eyeshadow serba baru, Brow Harmony Precision Pencil dan Perfect Strokes Longwear Gel Eyeliner.
- Foto – Rare Beauty
1. All Above Weightless Eyeshadow Stick [RM108] adalah eyeshadow berkrim yang memudahkan kamu untuk melukis dengan mudah. Dihadirkan dalam 6 shades, eyeshadow stick ini turut mempunyai built-in sharpener.
Cara guna:
- Putarkan eyeshadow stick untuk keluarkan produknya, kemudian leretkan di kelopak mata dan blend menggunakan jari atau berus.
- Kalau nak gunakan sebagai celak, leretkan di hujung kelopak mata seperti memakai eyeliner.
- Untuk asah pula, keluarkan built-in sharpener di bahagian bawah dan asah eyeshadow stick di bahagian atas.
- Foto – Rare Beauty
2. Brow Harmony Precision Pencil [RM100] yang dihadirkan dalam 6 shades merupakan pensel kening kalis air yang tahan lama. Bahagian hujungnya yang bersudut halus dapat mencipta rupa kening yang semula jadi.
Cara guna:
- Gunakan hujung pensel yang bersudut untuk isi kening di bahagian yang tidak lebat dengan melukis secara layang-layang.
- Kemudian, guna berus spoolie di bahagian bawah untuk berus dan bentuk kening yang diidamkan.
- Foto – Rare Beauty
3. Perfect Strokes Longwear Eyeliner [RM100] pula pensel gel kalis air yang mempunyai 3 shades untuk dipilih. Memiliki built-in sharpener, eyeliner pencil ini merupakan kegemaran Selena kerana ia bertahan lama sepanjang hari walaupun dilukis di atas waterline.
Cara guna:
- Gariskan di sepanjang garis bulut mata atau di waterline, bermula dari sudut dalam. Lukis mengikut ketebalan yang kamu mahukan.
- Untuk hasil smokey, garisan yang dilukis tadi perlu blend menggunakan jari. Pastikan tidak menjadi terlalu comot hingga menjadi seperti lebam.
SKINCARE & HAIR CARE
Tak kiralah sama ada kamu mahu menukar atau upgrade rutin skincare mahu pun hair care, DIVA ada beberapa pilihan kecantikan yang boleh kamu pertimbangkan!
-
PAULA’S CHOICE: Promosi Bulan Kemerdekaan
Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-66, jenama kecantikan Paula’s Choice menawarkan promosi menarik untuk kamu.
- Foto – Paula’s Choice
Bermula dari 25-31 Ogos 2023, nikmati promosi Paula’s Choice Merdeka Special dengan potongan 15% untuk pembelian semua produk di web. Dan dapatkan potongan 10% tambahan apabila berbelanja minimum RM300.
-
SIGI SKIN Idyllic Fields
Idyllic Fields [RM258] yang tersedia sebanyak 500 botol sahaja ini adalah pelembap siang kalis air yang direka khusus untuk merawat pelbagai masalah kulit; kekeringan, keradangan dan skin barrier yang terjejas.
- Foto – Sigi Skin
Pelembap yang dirumus dengan kepekatan tinggi eskstrak oatmel ini berfungsi untuk mengimbangi semula mikrobiom di kulir dan beri penghidratan yang segera. Ia juga mengandungi ekstrak matcha yang mengawal paras sebum dan bertindak sebagai pencegah jerawat serta jeragat. Psst… Ibu mengandung pun boleh guna pelembap ini juga tau!
-
TATCHA
Menjadi pilihan kebanyakan selebriti seperti Selena Gomez, Jennifer Aniston hingga Adriana Lima; DIVA nak kongsikan dua produk Tatcha yang patut kamu cuba sekarang!
- Foto – Tatcha
1. Tatcha The Dewy Skin Cream [RM370/50ml] adalah pelembap yang memulihkan keseimbangan kelembapan dan galakkan efek kulit glowing. Sesuai untuk mereka yang kulit kering dan dehidrasi, DIVA syorkan guna krim ini pada waktu siang dan juga malam.
- Foto – Tatcha
2. Tatcha The Water Cream [RM370/50ml] pula pelembap yang membantu meminimumkan penampilan liang dan menghaluskan tekstur kulit. Pelembap ini sesuai sangat untuk mereka yang memiliki kulit kombinasi atau berminyak.
-
RYO Hair Loss Expert Care Premium Perfume Line
Menerusi barisan Premoum Perfume, RYO memperkenalkan dua wangian terbaru yang terdiri daripada Gyeongju Moon dan Yeosu Sky. Duo syampu dan rawatan ini dilhamkan oleh bau harum dari bandar budaya ikonik Korea Selatan yang menghimpunkan kekayaan sejarah dan alam semula jadi.
- Foto – RYO
1. Gyeongju Moon yang diinspirasikan oleh kerajaan Silla, menampilkan aromaterapi thyme, geranium, muguet dan olibanum yang dapat menghilangkan tekanan serta meremajakan minda.
- Syampu: RM68/585 ml
- Rawatan: RM45/200ml
- Foto – RYO
2. Yeonsu Moon yang diilhamkan oleh pantai laut selatan yang berangin, menampilkan aroma bunga kayu dan bau tahan lama seperti green-fig leaf, cyclamen, sandalwood dan vanila.
- Syampu: RM68/585ml
- Rawatan: RM45/200ml
Psst… RYO telah berkolaborasi dengan Alwis & Xavier untuk menghasilkan set istimewa yang terdiri daripada rangkaian Gyeongju Moon atau Yeosu Sky bersama cologne edisi khas. Set kolaborasi ini boleh didapati secara eksklusif bermula 21 Ogos 2023 nanti!
- Foto RYO
- Set Edisi Terhad (Gyeongju Moon/Yeosu Sky) Syampu + Rawatan + Cologne: RM 113 [Harga Asal: RM178]
Selamat mencuba dan happy shopping!