September 2023 peminat wangian Dior J’adore bakal menerima bingkisan baharu dalam koleksi J’adore. Ia direka dan diadun khas oleh lagenda haruman dunia iaitu Francis Kurkdjian. Sememangnya J’adore kali ini lebih cukup luar biasa, gah dan menjadi senandung haruman timeless.
Seperti yang kita tahu J’adore wangian yang membangkitkan rasa sensual, kemegahan dan feminin. Konsep terbaharu dari Francis ialah menanam sifat sensitif, minimalis dan isi padu kepekatan bak emas yang dicairkan.

Jambangan bunga yang dipilih sebagai not-not J’adore ialah melur, mawar, ylang dan lili. Ia haruman not lebih segar, kekal misteri dan tidak keterlaluan. Gabungan ini memaknai haruman ini digelar L’Or de J’adore dan direka khas oleh Francis Kurkdjian.
Bukan sahaja not wangian, reka bentuk botol L’Or de J’adore juga mempunyai kompisisi tersendiri dari hasil prespektif Francis Kurkdjian. Ia menggunakan material berbeza, kaya dengan warna keemasan dan disudahi kepala penutup ringkas dan mewah.

Menariknya lagi dari koleksi wangian L’Or de J’adore, ia boleh diisi semula sebagai memanfaatkan alam semulajadi. Reka botol tahan lama dan pengguna boleh guna semula dengan hanya membawa botol ke butik Dior berhampiran. Konsep isi semula bermula pada Mac 2024.
Ini adalah suatu taktikal yang terbaik pernah dibuat! Jadi tiada lagi pembaziran botol, kerosakan alam dan memupuk sifat kitar semula.

Bagi peminat haruman J’adore nantikan L’Or de J’adore oleh Francis Kurkdjian pada September ini. Segalanya bercirikan kuning keemasan, haruman bertaraf tinggi dan simbolik feminin dari pilihan bunga-bungaan unik.
Tahniah Christian Dior dan Francis Kurkdjian!