Bahang filem Barbie masih belum beransur, di media sosial masih ramai lagi perkongsian ulasan filem, momen reaksi menonton dan aneka inspirasi fesyen, kecantikan dari Barbie. Kini filem arahan Greta Gerwig mendapat kutipan pecah panggung $1 billion!
Sudah tentu penangan dari tunjang utama filem, Margot Robbie menjadi tarikan penonton. Katanya Margot dapat menghidupkan Barbie secara nyata 100%. Menariknya, Margot punya ritual tersendiri untuk ‘dirasuk’ roh Barbie. Caranya dengan menyembur haruman yang memberi inspirasi personaliti Barbie.

Pun begitu, Margot tidak secara jelas berkongsi jenis atau jenama minyak wangi yang digunakan. Nah, usah khuatir. DIVA sendiri ada bayangan beberapa wangian yang kena dengan karakter Barbie. Mana tahu, kamu pun mahu ‘dirasuk’ oleh Barbie seperti Margot Robbie.
#1 Jo Malone – Peony & Blush Suede Cologne 50ml [RM450]
Wangian elegan bunga-bungaan dari Jo Malone ini secara tidak langsung menyerlahkan sisi kelembutan Barbie. Ditambah pula percikan harum manis epal merah, jasmin dan mawar. Sebagai cetusan sifat sweetheart si Barbie pujaan ramai.

#2 Calvin Klein – Deep Euphoria 100ml [RM300]
Tahukah kamu? Margort Robbie merupakan peminat wangian dari Calvin Klein. Jadi sudah tentu DIVA memilih Deep Euphoria untuk elemen Barbie kali ini. Apatah lagi, Margot sendiri duta bagi wangian ini. Ternyata wangian kali ini untuk Barbie yang seksi dan misteri!

#3 Chanel – Chance Eau Tendre 50ml [RM535]
Kalau sebut tentang Barbie dan Margot Robbie, sudah tentu jenama Chanel tak dapat dipisahkan. Wangian bunga, manis, feminin dalam Chanel Chance sudah mampu menerbitkan perasaan kamu sebagai Barbie. Percayalah!

#4 Moschino – Toy 2 Bubble Gum Eau De Toilette 50ml [RM310]
Wangian yang menyeronokkan dan menyerlah sisi keremajaan Barbie kamu! Not manis dari gula-gula bubblegum membuatkan wangian Moschino ini antara yang termanis.

Bauan floral dan manis-manis sememangnya cetusan sifat si Barbie yang ceria, aktif dan ekstrovert! Apa pendapat anda dengan wangian diatas? Mungkin sudah ada yang memilikinya…sesuai tak untuk jadi Barbie?