Hampir beberapa bulan menunggu ketibaan koleksi ‘Age of Indieness’ dari Celine sempena Fall/Winter 2023. Akhirnya dari laman sesawang rasmi Celine, DIVA dapat lihat beberapa produk sudah tercatat nota coming soon. Sungguh teruja sekali melihat koleksi yang mengambil aura rock ‘n roll!
Fokus dari DIVA sudah tentu beberapa rekaan terkini beg tangan Celine. Nampaknya beg tangan baharu lebih besar, gah dan memaparkan citarasa zaman 00’ millennium.

Karya Hedi Slimane sempena Fall/Winter 2023 Celine memaparkan sifat rebel atau memberontak dalam genre muzik rock. Tidak dinafikan idea pengarah kreatif ini berjaya digabungkan dalam dunia fesyen mewah seperti Celine.
Jadi, mari kita lihat empat buah beg tangan dalam ‘Age of Indieness’ yang bakal siap untuk check out!
- Celine Medium Annabel Bag in Supple Calfskin Black [RM21,500]

Beg tangan ranggi bersaiz sederhana sesuai untuk acara glamour, kasual mahupun ke pejabat. Ia lengkap dengan dua ruangan penyimpanan, dua poket kemas dan perincian keemasan Celine.

- Celine Medium Abbey Bag in Supple Calfskin Chestnut [RM26,500]

Paling popular dan menjadi perhatian semasa di pertunjukan fesyen Celine Fall/Winter 2023! Beg tangan yang bentuk seakan dumpling ini cukup besar dan mempunyai ruang penyimpanan yang melegakan. Warna perang coklat begini cukup sesuai untuk apa jua warna outfit.

- Celine Medium Anita Bag in Supple Calfskin Black [RM23,500]

Lebih slick dan kemas! DIVA suka betul dengan perincian ‘jerutan’ pada beg tangan Anita ini. Memang terasa aura klasik dan anggun tatkala menjinjit gaya baru Celine.

- Celine Newspaper Chain Bag Triomphe Soft in Supple Calfskin Black [RM15,500]

Nah, ada juga gaya yang lebih ringkas dan chic dalam koleksi ini. Celine Newspaper Chain Bag tetap memberi ruang lebar dan dalam. DIVA berkenan sungguh dengan tali chain yang boleh digayakan crossbody atau overshoulder. Malah beg ini pun boleh dibawa sebagai clutch bag. Vice versa!

Agaknya yang mana sudah menjadi dambaan hati anda? Jika masih belum puas menjenguk koleksi ini, anda boleh layari https://www.celine.com/en-my/celine-shop-women/age-of-indieness-collection/ untuk melihat lebih banyak lagi produk ‘Age of Indieness’ seperti helaian ready-to-wear, sepatu, aksesori dan lain-lain.
Happy shopping semua!