Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Scha Alyahya Amal 6 Langkah Je Untuk Dapatkan Kulit Yang Glowing & Awet Muda!

by Soph.Azz
August 10, 2023
Foto - Kosmo

Foto - Kosmo

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan bila selebriti Scha Alyahya berfesyen, memang orang ramai akan tertarik dan cuba ikut semula dengan pilihannya. Tetapi sejak Scha sudah memasuki usia 40-an ini, ramai pula yang tertanya-tanya dengan rahsia kecantikannya.

Mana taknya, mak anak dua ini masih lagi maintain glowing dan awet muda. Sehinggakan DIVA langsung tak nampak kesan-kesan penuaan padanya.

Psst… Jom DIVA kupaskan apa yang Scha amalkan untuk kekal cantik di usia 40-an!

6 Langkah Mudah Yang Scha Amalkan

Berikut DIVA kongsikan dengan kamu rutin penjagaan wajah oleh Scha yang boleh berikan kesan glowing dan awet muda pada wajah:

Foto – @schaalyahya (IG)

1. Sama ada kamu menggunakan mekap atau pun tidak, penting untuk kamu cuci wajah terlebih dahulu menggunakan makeup remover atau cleansing oil/milk. Seperti Scha, dia akan cuci wajah menggunakan cleansing milk bagi menanggalkan mekap. Gosok dengan lembut selama beberapa minit.

2. Selepas selesai, cuci wajah dengan menggunakan pencuci wajah. Ianya bertujuan untuk kurangkan penghasilan minyak dan sebum yang boleh menghasilkan jerawat.

Foto – @schaalyahya (IG)

3. Kemudian bilas wajah dengan bersih dan oleskan skrub (sebesar syiling 20 sen) yang mengandungi sumber mineral bagi menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.

Pastikan kamu skrub wajah sebanyak 2-3 kali seminggu supaya wajah nampak sekata dan tak kusam.

4. Setelah selesai mencuci dan skrub, dab wajah yang basah menggunakan tisu bersih. Seterusnya dab toner untuk berikan kebersihan yang maksimum dan kekalkan kelembapan wajah.

Foto – @schaalyahya (IG)

5. Seterusnya oleskan serum untuk kunci kelembapan dan mengurangkan jerawat, jeragat dan bintik hitam. Pastikan kuantiti serum yang digunakan cukup-cukup saja, atau sebesar kacang pis.

BACA:  [FOTO] 'Vogue' Betul Gaya Scha Alyahya Di Minggu Fesyen Milan!

6. Akhir sekali, kunci rutin skincare kamu dengan oleskan pelembap (moisturizer) serta sunscreen di waktu siang dan malam.

Semoga bermanfaat!

FILED UNDER rahsia kecantikan scha alyahyaScha Alyahyatips scha alyahya
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.