Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sofia Richie Kekal Bersederhana, 2 Produk Mekap Drugstore Ini Jadi Kegemarannya

by Indah Aziz
August 8, 2023
Foto - Entertaiment Scoop

Foto - Entertaiment Scoop

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti yang kita tahu gadis elite iaitu anak kepada nyanyi lagenda Lionel Richie iaitu Sofia kini menjadi contoh baru dalam ikutan fesyen dan solekan. Sofia sering tampil dengan gaya minimalis dan old money yang kelihatan sangat effortless. Apatah lagi saat majlis perkahwinan Sofia yang dikatakan sebagai wedding of the year.

Biarpun hidupnya sering dekat dengan keperluan mewah, Sofia Richie tidak terlepas dalam menikmati produk-produk solekan yang lebih berpatutan. Untuk pengetahuan anda juga, Sofia diangkat sebagai Pengarah Kreatif jenama solekan Nudestix. Jadi untuk Sofia Richie mengaku dia punya favorite drugstore makeup suatu kejutan.

Foto – Nudestix

Apa yang DIVA perasa, dua produk pilihan Sofia Richie sebenarnya memang tidak perlu untuk labur duit berlebihan. Maskara dan bronzer, produk sebegini cukup baik untuk mencari formula yang sesuai, mudah dipakai dan budget-friendly.

#1 Maybelline Lash Sensational Mascara [RM37.43]

Maskara kegemaran Sofia Richie hanya dari Maybelline! Dalam satu hantaran video TikTok, Sofia berkongsi pada minggu majlis perkahwinannya, Maybelline Lash Sensational Mascara adalah maskara rasmi. Malah, maskara ini juga yang dipakai sepanjang hari. Formula kalis air dan efek lentik sudah tentu amat sesuai untuk acara berjam lama dan emosional seperti majlis perkahwinan.

Foto – Pinterest

 

Maybelline Lash Sensational diadun dengan kebaikan rose hip oil yang membantu bulu mata berisi dan terasing. Bagi menghasilkan gaya mata yang galak dan menawan tanpa clumpy.

#2 Physicians Formula Murumuru Butter Bronzer [RM85]

Sememangnya Sofia Richie tidak berlebihan dalam gaya solekannya. Sudah pasti dengan bantuan sapuan bronzer pada wajah mampu menaikkan seri wajah. Tidak perlu jenama bronzer yang mahal, cukup sekadar dari Physicians Formula. Produk ini merupakan senjata rahsia Sofia Richie yang suka dengan makeup no-makeup looks.

Foto – Pinterest

Model dengan ketinggian 168 cm ini hanya sapu bronzer pada sekitar tulang pipi, dahi dan rahang untuk extra glow dan definition pada wajah. Dari pemerhatian DIVA, produk Physicians Formula tidak terdapat di Malaysia. Namun ia masih boleh dibeli melalui personal shopper atau diatas talian seperti di Shopee.

Foto – Vogue

Jika Sofia Richie boleh humble memilih maskara dan bronzer, sudah tentu kita pun boleh! Lagipun tidak semua high-end produk memiliki kualiti formula yang bagus. Tepuk dada, tanya selera.

FILED UNDER mekap sofia richieSofia Richiesofia richie drugstore
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.