Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

DIVA Dah Cuba Bufet Jepun Di Pullman KLCC, Yang Ini Paling Sedap!

by Soph.Azz
August 7, 2023
Foto - Pullman KLCC

Foto - Pullman KLCC

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Di kalangan pembaca DIVA, ada tak peminat makanan Jepun? Tak kiralah sama ada sushi, sashimi, tempura hingga ke hidangan moden atau tradisional Jepun, DIVA ada berita menarik untuk kamu!

Sehingga akhir bulan Ogos (31//8/2023) ini, Pullman KLCC Hotel & Residence menawarkan bufet bertemakan Jepun yang disediakan oleh chef dari Jepun; Chef Hiroshi Masuda.

Bufet Jepun yang bertempat di Restoran Sedap, Pullman KLCC ini menawarkan hidangan tradisional dan moden Jepun. Menerusi hidangan ini, tetamu dapat menikmati hidangan utama hingga ke pencuci mulut serta makanan laut premium.

Nikmati Bufet Jepun Selama Sebulan! 

Semasa bufet ini dijalankan, tetamu dapat melihat sendiri bakat dan kemahiran Chef Hiroshi Masuda dalam menghiris sashimi, membuat sushi, menyediakan ikan kod hitam panggang dan tempura di stesen langsung.

Foto – Pullman KLCC

Sekadar info, Chef Hiroshi Masuda mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas dari Thailand, Hong Kong, China, Dubai, Rusia, Jerman dan Jepun. Bukan itu saja, beliau juga salah seorang peserta dalam Pertandangan Iron Chef Thailand.

Selain daripada sashimi segar, nigiri dan sushi, tetamu juga boleh nikmati hidangan tradisional Jepun yang diperbuat daripada bahan-bahan terbaik seperti lamb chop panggang yang dipadankan bersama wasabi miso, daging katsu Jepun schnitzel, ayam direneh, sayur Chikuzen dan banyak lagi.

Foto – Arkib DIVA

DIVA paling suka hidangan:

  • Lamb chop panggang bersama wasabi miso. Rasanya yang sangat segar dengan elemen kepedasan wasabi membuatkan hidangan ini adalah yang terbaik
  • Kaunter Crustaceans yang menawarkan makanan laut seperti tiram, udang, kupang dan scallop yang segar dengan pencicah yang pelbagai.
  • Pilihan pencuci mulut yang sedap seperti rare cheese cake, kek matcha hingga ke mochi.
Foto – Arkib DIVA
BACA:  5 Sarapan Kopitiam Sedap Dekat Selangor Kena Singgah!
Foto – Arkib DIVA

Untuk menghilangkan dahaga pula, tetamu akan dihidangkan beberapa pilihan air daripada hidangan bufet seperti teh hijau Jepun, teh hijau panggang Jepun, genmaicha Jepun dan teh barli Jepun.

Cara Tempahan Bufet Jepun Pullman KLCC

Sekiranya kamu berminat untuk menikmati bufet Jepun di Pullman KLCC, DIVA syorkan supaya kamu buat tempatah awal. Bufet Jepun ini berharga RM238 (dewasa) dan RM119 (kanak-kanak 6-12 tahun); harga termasuk 6% cukai perkhidmatan.

Foto – Pullman KLCC

Tempahan boleh dibuat di WhatsApp (+60162903864 / +60123035958) atau e-mel (restaurants@pullman-klcc.com). Nikmati diskaun 20% apabila membuat tempahan; kod diskaun: HIRO-DIVA20.

Sempena promosi Buffet Jepun, Pullman KLCC bekerjasama dengan GYOMU Super (Malaysia) menampilkan kedai pop-up di lobi hotel yang menawarkan produk makanan asli yang diimport dari pengilang 45 buah  negara.

Foto – Pullman KLCC

Kunjungi kedai pop-up Jepun di lobi hotel Pullman KLCC pada 6/8/2023 dan 13/8/2023 pada 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.pullman-kualalumpur-citycentre.com atau Facebook (@PullmanKualaLumpurCityCentre).

FILED UNDER bufet jepunbufet jepun pullman klccpullman klccrestoran sedaprestoran sedap pullman klcc
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.