Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Dari Lipstik Hingga Foundation, Kini Prada Beauty Dah Ada Koleksi Mekap!

by Indah Aziz
August 4, 2023
Foto - Harper’s BAZAAR

Foto - Harper’s BAZAAR

37
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penantian kini telah berakhir!

Sebelum ini Prada Beauty hanya membawa haruman yang luar biasa, tapi ia berkembang dengan koleksi mekap dan penjagaan kulit. Ternyata berita ini menggembirakan semua peminat jenama mewah Itali ini. Ia menawarkan the next level pilihan lipstik, pembayang mata, bedak asas dan produk penjagaan wajah!

Foto – PRADA

Menarik tentang koleksi mekap ini, ia merupakan hasil dari gabungan air tangan Miuccia Prada dan Lynsey Alexander, merupakan pengarah seni kreatif solekan untuk Prada. Jadi untuk pelancaran koleksi pertama ini diambil dari ilham cetakan dan tekstil asli milik Prada.

Peminat akan dapat merasai nostalgia seperti melihat warna-warna atau corak katalog Prada, terutamanya dalam pilihan koleksi pembayang mata. Palet pembayang mata tersedia dalam tiga warna neutral dan warna kejutan. Formula pembayang mata cukup pekat, mudah disapu dan digayakan pada apa jua suasana.

Foto – PRADA

Manakala pilihan warna lipstik bertekstur matte pula diberi sehingga 26 rona yang berbeza. Tiub lipstik perak dan keemasa cukup eksklusif dan ia boleh diisi semula. Tidak ketinggalan logo gah Prada yang tersemat pada bahagian tengah tiub lipstik.

Foto – PRADA

Seperti biasa, konsep Prada Beauty tetap mengekalkan ilham cetakan pada lipstik. Anda akan dapat lihat tekstur grainy pada batang lipstik iaitu seolah-olah kulit Saffiano dalam koleksi beg Prada.

Dalam pada itu, Prada Beauty tidak ketinggalan menghasilkan 33 rona foundation atau bedak asas. Ia menawarkan hasil litupan bedak asas yang nipis, ringan dan selesa pada kulit. Malah, kulit kelihatan glowing dari luar biasa sebagai untuk mengangkat konsep natural beauty.

Foto – PRADA

Oh yes! Kejutan dalam koleksi Prada Beauty 2023. Bahagian penjagaan kulit diperkenalkan semula setelah dilancarkan pada tahun 2000. Kini Prada fokus dalam melindungi kulit dengan ekstrak tumbuhan luar biasa bersama Adapto.gn Smart Technology.

BACA:  7 Beg Tangan Terbaik Prada, Kamu Sentiasa Nampak Classy Dengan…

Prada Beauty membawakan pembersih muka, lip oil, serum dan krim muka yang ditugaskan untuk menjana semula keremajaan kulit yang sihat, segar dan anti-stress.

Foto – PRADA

Serius! DIVA tak sabar betul nak tunggu koleksi mekap dan skincare Prada Beauty masuk Malaysia. Jadi sama-sama kita tunggu dan pada masa itu terus tunggu update dari DIVA.

Bagi anda yang nak lihat lebih banyak lagi rona menarik lipstik dan foundation Prada Beauty layari https://www.prada-beauty.com/. 

FILED UNDER prada beautyprada beauty malaysiaprada makeupPRADA Malaysia
Share15SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.