Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Patutlah Bila Bercinta Ada Masa Yang Tak Boleh Tidur, Rupanya Sebab Hormon Ini

by Soph.Azz
August 4, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza ketika jatuh cinta, tetapi perasaan yang muncul ketika itu adalah lebih kurang sama. Kamu akan berasa teruja dan sangat gembira!

Kalau kamu nak tahu perasaan itu sebenarnya berpunca daripada hormon yang dirembes ketika kamu sedang bercinta. Sebab itulah ada yang rasa gembira dan dicintai sampaikan tak boelh tidur.

Nak tahu tak hormon apa yang dirembes ketika kamu sedang bercinta? Scroll bacanya di bawah;

Estrogen

Khas untuk wanita, hormon estrogen ini dirembes dengan tinggi apabila wanita berada dalam keadaan yang subur, yang umumnya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid.

Foto – Pinterest

Apabila jatuh cinta, hormon ini membuatkan wanita menginginkan kasih sayang yang lebih banyak, menjadi lebih manja dan mahu dijaga.

Oxytocin

Oxytocin adalah hormon yang dipercayai dapat menjadikan seseorang lebih empati dan prihatin. Sebab itulah bila kamu sedang jatuh cinta, hormon ini membuatkan seseorang itu menjadi lebih menyayangi, mengambil berat dan timbul rasa ingin melindungi.

Psst… Hormon ini juga berfungsi untuk merangsang pengeluaran susu dan berperanan mengeratkan ikatan antara ibu dan bayi.

Dopamine

Dopamine adalah hormon yang memainkan peranan dalam sistem keinginan dan keseronokan. Apabila anda jatuh cinta, dopamine memainkan peranan dalam menyampaikan tenaga yang hebat seperti keseronokan, peningkatan aktiviti mental, berdebar-debar, melambatkan keletihan untuk mengurangkan keperluan untuk tidur.

Foto – Pinterest

Jadi tidak hairanlah jika bercinta, kamu akan mempunyai tenaga luar biasa, tidak mudah rasa lapar, keperluan tidur juga berkurangan, malah berani mengambil risiko lebih tinggi.

Serotonin 

Ketika jatuh cinta, wajah si dia akan sentiasa berada dalam kepala kamu. Kalau kamu nak tahu, situasi ini dicetuskan oleh kehadiran hormon serotonin. Untuk pengetahuan kamu, serotonin adalah hormon yang berkait rapat dengan obsesi. Hormon ini juga dipanggil natural mood stabilizer kerana fungsinya untuk memastikan mood tenang dan gembira.

Testosteron

Foto – Pinterest

Dikenali sebagai hormon seks, testosteron adalah hormon yang membuatkan lelaki dan wanita tertarik secara fizikal. Psst… Walaupun kamu memiliki testosteron yang tinggi ketika bercinta, hormon ini boleh dikawal tau.

Unik kan?

FILED UNDER hormon cinta
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.