Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

“Ada Burger Baru & Frosty Fries”- Kecur Air Liur Tengok Menu Baru Di Pasadena Burgers!

by Soph.Azz
August 2, 2023
Foto - Pasadena Burger

Foto - Pasadena Burger

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Daripada burger keju, burger ayam hingga ke dipping burger; Pasadena Burger kini memperkenalkan menu ciptaan terbarunya iaitu empat pilihan  burger dan juga Frosty Fries (kentang goreng bersama pencicah milkshake).

Menariknya menu baharu ini, ianya dihasilkan dengan menitikberatkan selera pelanggannya yang terdiri daripada peminat kecergasan dan juga atlet.

Menu-menu burger ini disediakan melalui gaya masakan yang lebih sihat dan kandungan protein yang tinggi, sesuai untuk pembinaan serta pembaikan otot.

Bukan hanya untuk peminat kecergasan dan atlet sahaja, menu ini juga sesuai untuk kamu yang mahu berdiet tau! Jadi kalau nak hilangkan rasa bersalah ketika makan burger, DIVA syorkan kamu dapatkan salah satu burger dalam menu terbaru Pasadena Burger seperti:

  • Mushroom Swiss Cheeseburger 

Hidangan gourmet dengan patty yang dipanggang api, di atasnya diletakkan keju Swiss cair yang kaya dengan rasa yang ringan dan melekit. Kemudian dihiasi dengan pelbagai cendawan yang ditumis bersama bawang putih dan thyme. Tak dilupakan bawang karamel yang menambah rasa kemanisan dan bacon rangup. Untuk menu ini, DIVA sarankan kamu padankan dengan sos Pasadena yang eksklusif untuk rasa yang lebih lazat!

Foto – Pasadena Burger

Pemain tenis kebangsaan Malaysia dan duta Pasadena Burger, Christian Didier Chin memilih menu ini sebagai makanan untuk ‘cheat day’ Kongsinya sebagai seorang atlet yang jarang makan makanan berproses, Pasadena Burger telah menghasilkan menu yang sangat seimbang dan ‘selamat’ untuk atlet mengambilnya!

  • Swiss Cheese Mushroom Chicken Burger 

Foto – Pasadena Burger

Padanan tenderloin ayam rangup, salad segar, keju Swiss Cair, acar masam, sos Pasadena yang eksklusif serta cendawan tumis diselitkan dengan bawang putih dan thyme, akan memberikan kamu rasa yang sangat aromatik dan ketagih di setiap gigitan.

  • All-Meat Cheeseburger 

Foto – Pasadena Burger
BACA:  Outlet Pertama Di Malaysia, 3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Cuba Pasadena Burger & Coffee

Menu All-Meat Cheeseburger pula terdiri daripada patty daging panggang yang diletakkan di atas bacon lembu yang juicy dan keju cair. Rasa burger lebih kaya dengan rasa bawang karamel dan sos Miyazaki yang pedas!

  • Blue Cheese Burger 

Foto – Pasadena Burger

Bagi Blue Cheese Burger pula, kamu boleh nikmati rasa keju biru berkrim dan pedas, diselebungi dengan gabungan daging lembu panggang yang lembut, bacon yang rangup, bawang karamel dan diakhiri dengan bau sos balsamic yang tajam.

  • Frosty Fries “Shake ‘n’ Spuds”

Selain daripada menu burger baru yang dilancarkan, DIVA sangat teruja dengan menu Frosty Fries “Shake ‘n’ Spuds”! Untuk pengetahuan kamu, menu ini adalah pencicah milkshake kentang goreng yang pertama di Malaysia.

Foto – Pasadena Burger

Kamu boleh nikmati rasa kentang goreng Perancis yang panas dengan milkshake yang manis dan sejuk. Hadir dalam tiga perisa, kamu boleh pilih sama ada nak cicah kentang goreng dalam milkshake perisa coklat, vanila atau strawberi.

Menu-menu yang baru ini boleh didapi di kedai Pasadena Burger di Plaza Mont Kiara dan Lot10. Psst… Kamu juga boleh pesan dalam talian untuk penghantaran [TEMPAH].

FILED UNDER menu pasadena burgerpasadena burgerpasadena burger frosty fries
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.