Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review Teknologi

Dilema Tentang AirPods Max? Ini Yang DIVA Boleh Bantu Kamu…

by Indah Aziz
August 1, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hampir tiga tahun Airpods Max dilancarkan sejak Disember 2020. Kini masih ada lagi yang dilema untuk mendapattkan fon kepala dari jenama Apple ini. Ada yang anggap ia hanya sekadar hype, terlalu mahal dan tidak berbaloi. Pun begitu kalau lihat di media sosial, semakin ramai pula bergaya dengan Airpods Max di kepala atau biar tergantung di leher.

Jadi wajar ke nak beli Airpods Max? Apatah lagi dikhabarkan pula versi Airpods Max 2 bakal dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Foto – Harvey Norman

Apa yang istimewa Airpods Max?

Sudah tentu DIVA ingin nilai dari segi ‘kecantikan’ yang ada pada Airpods Max. Lihat sendiri rekaan yang minimalis, pilihan warna pastel monotone serta bersih tanpa kesan logo atau nama Apple. Bagi DIVA, Apple memang menang dari segi pembawaan fesyen dan konsep mahal pada fon kepala ini.

Bercerita tentang kelebihan audio pada Aiprods Max tiada kesangsian lagi ia cukup memberi pengalaman noise-cancelling yang terbaik. Apple juga mendakwa kejuruteraan fon kepala kali ini menawarkan pemacu 400mm tersendiri untuk mengekalkan julat bunyi harmoni pada pendengar.

Foto – Macworld

Kusyen pada cup telingan Airpods Max mendapat pujian tertinggi! Rupanya ada alasan ia kelihatan besar dan menyeluruh pada fon telinga. Supaya ia dapat mengedap dan menghalang bunyi secara efisien.

Malah perincian butang alih yang memudahkan pengguna untuk menukar volume, aturan muzik dan menjawab panggilan. Jadi tiada lagi accident terketuk Airpods seperti yang sebelum ini.

Foto – Amazon.com

Menariknya lagi, teknologi Apple memasang cip H1 pada setiap cup fon untuk menganalisis segala bentuk bunyi yang masuk dari lapan mikrofon disekelilingnya. Manakala mikrofon yang kesembilan menyekat sebarang bunyi asing semasa anda menjawab panggilan.

Mengenai bateri pula, DIVA tak sangka ada juga produk Apple yang boleh tahan lama baterinya! Airpods Max dapat digunakan sehingga 20 jam tanpa henti. Sekiranya anda cas ia selama lima minit, anda boleh guna hampir 1.5 jam.

Ramai tak suka Airpods Max sebab…

Seperti biasa, produk Apple akan datang secara berasingan. Dalam kes Aiprods Max, pelanggan boleh menambah Smart Case untuk melindungi cup telinga dan meninggalkan Aiprods Max dalam mod rendah. Pun begitu, Smart Case bukan suatu keperluan. Sekiranya anda tidak menggunakan Airpods Max secara automatik ia tetap dalam mod rendah dan menjaga kualiti bateri. So for what?

Foto – AV Discourse Community Forum (SG)

Isu yang paling banyak disebut-sebut ialah berat Airpods Max berbanding pesaingnya yang lain. Sebenarnya ini isu subjektif, Apple sememangnya memberi premium materials dalam penghasilan Airpods Max. Jadi ia sekaligus terkesan kepada berat produk, 385gram. Jika anda percaya tentang sifat ergonomik Airpods Max pasti tiada masalah tentang ini.

Apple for Apple. Ya, hanya pengguna peranti Apple sahaja akan dapat menikmati Airpods Max.

Siapa patut beli Airpods Max?

Jujur dari DIVA, Airpods Max untuk mereka yang punya bajet sendiri dan sudah tentu peminar produk Apple. Tiada persoalan lain lagi melainkan kejuruteraan Airpods Max benar-benar mengagumkan anda. Hampir terlupa pula, dan sudah tentu perincian estetika Airpods Max yang so instgrammable.

Foto – Tom’s Guide

Harap serba sedikit penjelasan DIVA diatas membantu dilema anda untuk dapatkan Airpods Max ini. Happy purchase!

FILED UNDER airpods max malaysiaapple malaysiaearphone apple
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.